Isnin, 21 April 2014

Pj Gimnastik



PE N D A H U L U A N
Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu murid kuasai dan capai. Standard kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi kemahiran, pengetahuan
dan nilai. Standard pembelajaran merupakan penetapan kriteria atau indikator pencapaian setiap standard kandungan.Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah juga digubal dengan mengekalkan prinsip-prinsip Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Pendidikan Jasmani dan menggunakan Standard Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Murid Sekolah oleh International Council for Health, Physical Education, Recreational-Sports And Dance (ICHPER-SD) sebagai panduan. Kandungan kurikulum ini juga masih mengekalkan tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.Penggubalan Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah adalah bertujuan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, danjasmani. Kurikulum ini menyediakan murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan cergas.Kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menunjukkan 60.1% rakyat Malaysia tidak melakukan aktiviti yang aktif dan menghadapi pelbagai risiko penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi(Noncommunicable Disease Section - Disease Control Divison, 2006). Justeru, tahap kecergasan murid ditingkatkan melalui amalan dan pengetahuan Pendidikan Jasmani sejak awal lagi.Guru yang mengajar Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam pergerakan dan kecergasan berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. Antara displin tersebut melibatkan pembelajaran motor,perkembangan motor, biomekanik, suaian fizikal, fisiologi senam, psikologi sukan dan sosiologi sukan dengan menerapkan nilai estetika. Pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani seharusnya dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan dengan menekankan aspek keselamatan.

M A T L A M A T
Kurikulum Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan

O B J E K T I F
Murid yang mengikut pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua berkebolehan
untuk :
1. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul berdasarkan konsep pergerakan;
2. mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor;
3. mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan;
4. mengenal pasti aktiviti yang dapat meningkatkan tahap kecergasan;
5. memerihal kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala;
6. mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal;
7. melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat;
8. mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan
9. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

F O K U S M A T A P E L A J A R A N
Terdapat tiga fokus Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah untuk murid Tahun Dua iaitu:
membina kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor; memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan
kesihatan; dan memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri, dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti fizikal

O R G A N I S A S I K A N D U N G A N

Dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua merupakan dokumen pembelajaran untuk satu tahun persekolahan yang diorganisasikan secara modular mengikut
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berdasarkan kurikulum modular, kandungan dikelompokkan kepada bahagian-bahagian yang dinamakan sebagai modul. Modu lmerangkumi kandungan pembelajaran dalam bentuk unitkendiri-lengkap (self-contained) yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai dan dicapai.Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua terdiri daripada modul kemahiran dan modul kecergasan yang dibina berasaskan lima aspek iaitu:-
Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan
Melalui Aspek 1, murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui:-
1. konsep pergerakan;
2. pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi   
    alatan dan pergerakan berirama,
3. gimnastik asas;
4. akuatik asas; dan
5. rekreasi dan kesenggangan.

Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
Melalui Aspek 2, murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:-
1. konsep pergerakan;
2. pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi  
     alatan dan pergerakan berirama,
3. gimnastik asas;
4. akuatik asas; dan
5. rekreasi dan kesenggangan.

Aspek 3: Kecergasan Meningkatkan Kesihatan
Melalui Aspek 3, murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:-
1. konsep kecergasan; dan
2. komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan  dan daya tahan otot, dan komposisi badan.
 
Aspek 4: Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan
Melalui Aspek 4, murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang
melibatkan:-

1. konsep kecergasan; dan
2. komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan komposisi badan.
Aspek 5: Kesukanan
Melalui Aspek 5, murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan:-
1. pengurusan dan keselamatan;
2. tanggungjawab kendiri;
3. interaksi sosial; dan
4. dinamika kumpulan
Susunan kandungan kurikulum Tahun Dua ini bertujuan memudahkan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Jasmani. Setiap aspek dalam dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua yang hendak dicapai dinyatakan dalam lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi kandungan yang perlu murid pelajari manakala lajur Standard Pembelajaran menunjukkan apa yang murid perlu kuasai dan capai.Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kandungan dalam Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua adalah setara dengan pencapaian objektif psikomotor, kognitif dan afektif dalam pengajaran danpembelajaran Pendidikan Jasmani. Bagi tujuan pengajaran kemahiran, guru menggunakan Modul Kemahiran yang terdiri daripada Aspek 1, Aspek 2 dan Aspek 5 secara serentak. Manakala untuk pengajaran
kecergasan, guru menggunakan Modul Kecergasan yang terdiri daripada Aspek 3, Aspek 4 dan Aspek 5 secara serentak. Guru boleh membuat pilihan sama ada mengajar kemahiran atau kecergasan terlebih dahulu tanpa mengabaikan gabungan aspek yang telah ditetapkan.
 
Gimnastik pendidikan boleh didefinisikan sebagai satu pendekatan dalam pendidikan di Malaysia. Gimnastik pendidikan ini ianya memberikan tumpuan kanak-kanak kepada pembelajaran dan pengajaran yang unik dari beberapa segi iaitu dari segi gaya pergerakan, pembelajaran dan perkembangan seseorang pelajar atau kanak-kanak. Konsep gimnastik pendidikan dilakukan dengan tujuan yang tertentu adalah untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam setiap pergerakan. Setiap pergerakan yang dibuat membolehkan kanak-kanak atau pelajar mempelajari sesuatu yang baru dalam pelajaran mereka. Selain itu, pendidikan gimnastik juga memberi peluang untuk lihat pergerakan yang dapat dilakukan oleh murid. Kadang kala kanak-kanak tidak pasti yang dapat melakukan pergerakan-pergerakan yang ditunjukkan oleh guru. Tetapi apabila kanak-kanak itu mencuba aktiviti yang dibuat, guru akan dapat mengenal pasti kebolehan kanak-kanak dalam gimnastik.
  
Kadang kala kanak-kanak tidak pasti yang dapat melakukan pergerakan-pergerakan yang ditunjukkan oleh guru. Tetapi apabila kanak-kanak itu mencuba aktiviti yang dibuat, guru akan dapat mengenal pasti kebolehan kanak-kanak dalam gimnastik.
Apabila kanak-kanak dapat melakukan pergerakan yang ditunjukkan oleh guru, mereka akan dapat menyelesaikan masalah-masalah pergerakan yang dihadapi. Hal ini demikian kerana, tubuh badan tidak dapat mengetahui sama ada dapat melakukan sesuatu pergerakan atau tidak melainkan dengan membuat pergerakan itu terlebih dahulu. Murid juga perlu mengatasi rintangan dengan pelbagai cara pergerakan. Antara contoh pergerakan yang dilakukan oleh murid adalah gulingkan badan dari depan ke belakang dengan bertubi-tubi, bergerak dari setempat ke setempat yang lain, dan melakukan pergerakan dari setingkat kepada setingkat yang lain. Peralatan yang digunakan dalam gimnastik ini ialah gelung, tilam, reben peti tombol, bangku essex, pemidang taiping, dan sebagainya.

Imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri-ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Imbangan juga boleh difahami sebagai kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada Imbangan dalam keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti. Contoh-contoh imbangan ialah seperti, aksi-aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat serta meluncur yang merupakan antara lakuanmemindahkan beban yang lazim. Contoh lain ialah berjalan sambil menjengket di atas garisan lurus dan juga berjalan di atas bangku gimnastik..

Gimnastik pendidikan boleh didefinisikan sebagai satu pendekatan dalam pendidikan gimnastik. Ianya memberi tumpuan kepada pembelajaran individu yang unik dari segi gaya pergerakan, pembelajaran dan juga perkembangan pelajar.

Pola pergerakan dalam gimnastik terdiri daripada enam pola iaitu pergerakan statik, pergerakan pusingan/putaran, pergerakan hambur, pergerakan hayunan, layangan,dan pergerakan ketika mendarat. Setiap pola pergerakan tersebut, hendaklah dikuasai oleh setiap individu yang ingin berkecimpung dalam sukan gimnastik.
Pergerakan statik ialah mengimbang di atas sesuatu bahagian badan atau membiarkan badan dalam kedudukan tergantung. Dalam pergerakan yang bercorak statik, pusat graviti peserta adalah dalam keadaan tetap. Manakala pergerakan pusingan / putaran ialah berguling menuju ke sesuatu arah atau bergerak secara berpaksi. Pergerakan hambur pula ialah melompat atau melonjak ke paras lain hasil daripada tolakan kaki, tangan atau bahagian badan yang lain. Pergerakan hambur memerlukan kekuatan dan kepantasan.
Pola pergerakan seterusnya hayunan iaitu menghayun badan dari bahagian hadapan menuju ke bahagian belakang atau dari sisi (badan jadi tergantung). Dalam pergerakan layangan pula ialah individu mengerakkan badan di udara kepada paras yang tertentu selepas melonjak / menghambur dan sebelum mendarat. Dan akhir sekali ialah pergerakan ketika mendarat, individu perlu mengakhiri sesuatu layangan atau lompatan secara terkawak di atas lantai.
Jelasnya, pola pergerakan merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Malah setiap jenis gimnastik terdiri daripada setiap pola pergerakan dan setiap pola pergerakan amat berkait rapat dengan tiga konsep asas dalam gimnastik iaitu imbangan, kelenturan dan juga

koordinasi. Keupayaan melakukan pusingan/putaran, hayunan, layangan, dan hambur jelas merupakan salah satu aktiviti yang menekankan konsep kelenturan itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan