Isnin, 21 April 2014

Asign part 2



2.5TAHAP KAJIAN

Pada peringkat ini terdapat pada langkah 5 dalam lesson plan saya di mana menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa .Galakan begini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik,tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja.Pada peringkat ini juga,pemikiran kreatif murid yang kreatif akan member cadangan bernas untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walaupun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain.

Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:

1. Kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran
2. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai
3. Kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran yang diajar
4. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar.
5. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru.
6. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan.
7. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.

Cara pembelajaran yang terbaik ialah melalui seni. Kemahiran berfikir secara abstrak dan kemahiran kreatif boleh dirangsang melalui mata pelajaran seni. Hidup pada hari ini terlalu banyak maklumat. Amat mustahil untuk kita memperoleh dan menyimpan semua info atau maklumat. Seni berbeza kerana ia bersifat abstrak. Kadangkala apabila kita melihat lukisan sahaja, kita akan berasa tenang. Jelas kepada kita bahawa seni sebagai ekspresi diri.

Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:
1. Tujuan am (learning goal)
2. Objektif pelajar (specific objective)
3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk 
    menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
4. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar
5. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar

ANALISIS-PERKAITAN 5 TAHAP PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER DENGAN PERKEMBANGAN DIRI KANAK-KANAK

Semasa  pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh menggunakan kaedah-kaedah yang telah dipelajari.  Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikomotor pelajar.  Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan guru mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid.  Pendekatan pengajaran berpusatkan guru,  pelajar  dan  berpusatkan  bahan seperti penggunaan ICT. Kanak-kanak pada peringkat rendah mempunyai otot-otot yang belum matang. Untuk itu latihan pergerakan dan seni visual yang kerap akan dapat memantapkan pergerakan ototnya.Contohnya yang memegang pensel dengan baik supaya tulisan menjadi cantik dan kemas.Ianya memerlukan latih tubi yang kerap Pada peringkat ini mereka mula belajar mengenai emosi dan perasaan orang lain Melalui seni juga ,kanak-kanak akan dapat memahami dan meluahkan perasaan terutama ketika melukis dalam seni visual.Jika emosinya stabil lukisan yang dihasilkan akan cantik dan kreatifnya akan lebih menyerlah. Setiap kanak-kanak yang lahir akan melalui proses perkembangan dan proses perkembangan bagi seseorang manusia adalah sehingga ke akhir hayat mereka. Terdapat tiga bahagian yang amat penting untuk mengklasifikasikan seseorang itu iaitu perkembangan fizikal. emosi dan sosial. Ahli-ahli psikologi telah memberi pelbagai definisi berkaitan dengan perkembangan ini. Seseorang itu dapat dilihat jika telah melalui proses perkembangan apabila terdapat perubahan-perubahan tertentu contohnya, perubahan pada tingkah laku. Jika sebelum ini, tingkah lakunya lebih kepada meniru perlakuan atau perbuatan ibu, bapa atau orang yang hampir dengan mereka, tetapi apabila telah melalui proses perkembangan tingkah laku kanak-kanak ini lebih kepada tingkah laku sendiri dan lebih meluas. Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan adakalanya, terdapat juga beberapa punca yang boleh merencatkan perkembangan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak. Antara punca yang paling nyata adalah cara pendidikan dan pendedahan yang diberikan oleh ibu bapa kanak-kanak itu.

Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji berdasarkan beberapa aspek penting seperti aspek peniruan, aktiviti ketika bermain, persahabatan dan hubungan di antara rakan sebaya yang lain. Perbincangan berkaitan dengan sosial ini sebenarnya tidak akan lengkap jika tidak dikaitkan dengan teori yang sangat berkait rapat dengan sosial iaitu teori yang di bawa oleh Erik Erikson atau lebih dikenali dengan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson menerangkan bahawa perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Setiap peringkat perkembangan mengikut usia mempunyai cerita dan kita dapat ketahui setiap perkembangan manusia sejak lahir.


Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji berdasarkan beberapa aspek penting seperti aspek peniruan, aktiviti ketika bermain, persahabatan dan hubungan di antara rakan sebaya yang lain. Perbincangan berkaitan dengan sosial ini sebenarnya tidak akan lengkap jika tidak dikaitkan dengan teori yang sangat berkait rapat dengan sosial iaitu teori yang di bawa oleh Erik Erikson atau lebih dikenali dengan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson menerangkan bahawa perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Setiap peringkat perkembangan mengikut usia mempunyai cerita dan kita dapat ketahui setiap perkembangan manusia sejak lahir.

Kesimpulannya kecerdasan kinestatik menerusi penerokaan, membolehkan murid mendapat pengalaman yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, luahan ekspresi juga penting pada seni dalam pendidikan. Murid juga perlu didedahkan dengan unsur-unsur perasaan dan emosi supaya tahu bagaimana untuk mengurus emosi supaya dapat meluahkan perasaan terhadap ekspresi diri.

Setiap kanak-kanak yang lahir akan melalui proses perkembangan dan proses perkembangan bagi seseorang manusia adalah sehingga ke akhir hayat mereka. Terdapat tiga bahagian yang amat penting untuk mengklasifikasikan seseorang itu iaitu perkembangan fizikal. emosi dan sosial. Ahli-ahli psikologi telah memberi pelbagai definisi berkaitan dengan perkembangan ini. Seseorang itu dapat dilihat jika telah melalui proses perkembangan apabila terdapat perubahan-perubahan tertentu contohnya, perubahan pada tingkah laku. Jika sebelum ini, tingkah lakunya lebih kepada meniru perlakuan atau perbuatan ibu, bapa atau orang yang hampir dengan mereka, tetapi apabila telah melalui proses perkembangan tingkah laku kanak-kanak ini lebih kepada tingkah laku sendiri dan lebih meluas. Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan adakalanya, terdapat juga beberapa punca yang boleh merencatkan perkembangan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak. Antara punca yang paling nyata adalah cara pendidikan dan pendedahan yang diberikan oleh ibu bapa kanak-kanak itu.

Teknik sumbangsaran
Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah.  Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan.  Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas  sumbangsaran harus dipatuhi iaitu topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid.kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan.
       
Pada peringkat ini guru perlu membuat penyesuaian dengan bentuk-bentuk emosi yang diingini dengan tidak diingini.Seni merupakan asas perkembangan individu dan jika diajar dengan baik maka dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang member kesan kepada mereka.Ini  membolehkan mereka menyentuh , merasa dan meneroka sebarang keberangkalian melalui  interaksi dan  pemahaman terhadap  persekitaran.
Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik.






KAJIAN-perkaitan AKTIVITI PEMBELAJARAN DENGAN PERKEMBANGAN  KREATIVITI
Kreativiti bersangkut dengan pemikiran kreatif. Berfikiran kreatif bermaksud berfikir di luar kotak. Ia juga berkait dengan keupayaan seseorang menyelesaikan masalah.Perkembangan ialah satu proses di mana individu mencapai kematangan.Ia merupakan perubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat ditukar secara kuantiti tetapi ternyata perubahan yang berlaku memperlihat sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu. Justeru pembentukan falsafah pendidikan perlu fokus terhadap melahirkan individu yang mempunyai sifat kritikal dan analitikal dengan memberi peluang kepada murid untuk menyoal dan guru perlu menyediakan jawapan yang bersesuaian. Menurut perkembangan Fisher, kanak-kanak perlu diberi rangsangan diperingkat permulaan setiap pengajaran dimulakan. Guru perlu merancang bagaimana hendak menarik minat setiap orang murid dalam kelas untuk menarik minat dan menyukai matapelajaran yang  diajar.Secara ringkasnya, Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid  itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan.
*      Kelancaran (Fluency)
Idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Pada peringkat ini, murid berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut. Berupaya menginterasikan kemungkinan-kemungkinan dan alternatif kepada penyediaan masalah.
*      Fleksibel(Flexibility)
Pada peringkat ini, murid mula mempamerkan semangat toleransi dan bertolak ansur. Mereka mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan tinggi terhadap apa yang dilakukan. Sanggup menerima cabaran yang pelbagai dan sedia menghadapi cabaran tersebut dengan fikiran yang terbuka dan positif. Murid di dalam proses ini memandang cabaran sebagai satu proses pembelajaran.
*      Keaslian(Originality)
Murid yang kreatif sentiasa mencari idea baru dan asli selain mempunyai idea luar biasa. Tidak konservatif dan tidak stereotaip serta sering mempunyai kebolehan dan kelaziman yang berlainan.
*      Kepekaan(Sensitivity)
Pada peringkat ini, murid mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap aspek keperluan rakan sebaya dan sekeliling. Ini termasuk kepekaan terhadap ciptaan, nilai estetika terhadap objek, proses artistik terhadap objek di samping penekanan.

Murid tidak lagi terikat dengan peraturan bilik darjah tradisional yang tidak sesuai lagi digunakan. Pelajar bebas bergerak dalam kawasan yang difikirkan perlu dan selamat. Mereka tidak hanya terkongkong di atas kerusi sahaja sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, pelajar perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh guru.
Dari segi penggunaan ruang pula, pelajar digalakan menggunakan ruang dengan baik. Mereka boleh memilih ruang yang sesuai dengan bentuk persembahan. Sekiranya ruang tidak mencukupi, pelajar boleh mengubah susunan kerusi dan meja. Pengalaman ini banyak membantu pelajar dalam meningkatkan kreativiti mereka.
Guru juga boleh membawa pelajar keluar dari bilik darjah untuk membuat pemerhatian, catatan, penyelidikan, rakaman serta ujikaji. Pelajar boleh menggunakan pengalaman sedia ada untuk digabungkan dengan pengalaman baharu untuk mendapatkan hasil. Pengalaman ini dapat merangsang minda pelajar agar bertindak lebih kreatif, dan mengalami suasana pembelajaran yang  seronok.
 




Dalam konteks perkembangan kreativiti, Piaget dan Vygotsky bersetuju berkenaan kebaikan bermain dalam mengembangkan kreativiti kanak-kanak. Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan melalui permainan berbentuk akademik juga perlu diwujudkan. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti aktiviti melukis, menconteng, membuat kolaj, “sandplay” dan sebagainya.
Apabila bermain, kanak-kanak menggunakan daya imaginasi ketika bermain. Menurut Piaget dan Vygotsky, imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak memahami dunia persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Murid juga seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti bermain dan aktiviti seni.
Oleh itu, dalam pengajaran dan pembelajaran, adalah berfaedah jika guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk permainan untuk mengembangkan kreativiti kanak-kanak.
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan  berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang.
Antara aktiviti untuk menjadikan murid lebih ekspresif ialah melaksanakan permainan yang bersifat koperatif dan sukan. Dalam permainan koperatif murid dibimbing agar membesar menjadi insan yang murni seperti bekerjasama. Permainan Rekaan Guru atau rekaan kanak-kanak itu sendiri boleh  dijalankan.


Permainan rekaan guru di mana guru perlu memahami murid-muridnya dari segi kebolehan dan kemahiran, minat, pendekatan iaitu terarah iaitu guru akan mengawal persekitaran. Guru juga boleh mengubahsuai permainan dari segi jenis, ruang dan peralatan serta bahan. Permainan rekaan guru hendaklah menjadikan pembelajaran menarik dan dapat menarik perhatian  murid-murid.

Permainan kanak-kanak boleh dikategori dalam spektrum berkaitan kreativiti.Ia dijalankan secara serentak. Guru bertindak sebagai fasilitator dan sama-sama berinteraksi dengan pelajar. Guru seharusnya mempercayai kebolehan setiap pelajar terutama dari sudut kognitif dan juga kemahiran motor. Sekiranya pelajar tidak ada pengalaman guru hendaklah memberikannya masa untuk membolehkannya memahirkan dirinya sehingga berjaya. Kesannya ia akan mencuba permainan baru lagi. Peruntukan masa dan bilangan ahli dalam kumpulan hendaklah ditentukan terlebih dahulu.


IMPLIKASI KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN CIRI-CIRI INDIVIDU TERHADAP DIRI KANAK-KANAK

Bersedia Kearah Pembelajaran Yang Lebih Kompleks
Mengikut implikasi pengajaran dan pembelajaran oleh Jean Piaget pula guru boleh menggunakan bahan yang konkrit bagi mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks. Penggunaan bahan berbentuk 3D, rajah, carta dan pengalaman pelajar itu memberi peluang pelajar bersedia ke arah pembelajaran yang lebih kompleks.Aktiviti seperti memberi peluang kepada pelajar mencari alternatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat hipotesis sendiri. Sebagai contoh, dalam kelas Pendidikan Seni Visual guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk menghasilkan catan dengan menggunakan teknik yang difikir sendiri oleh murid.Selain itu, kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat kepada fakta-fakta dengan cara membiarkan murid meneroka dan mengkaji konsep itu sendiri. Sebagai contoh, murid-murid boleh berfikir mengapa terjadinya siang dan malam. Melalui cara ini, sistem pembelajaran akan lebih menarik dan pasti menghiburkan para pelajar.


Bersifat Fleksibel
Kanak-kanak yang melalui proses perkembangan dan pembangunan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan situasi serta optimis.Pemasalahan yang timbul mereka akan cuba selesai dengan sebaik yang mungkin mengikut keadaan dan kesesuaian.Mereka cuba sentiasa dalam keadaan tenang dan tidak mudah panik.

Berfikiran Logik
Kanak-kanak ini juga dapar menghargai masa dan menghormati masa.Mereka juga sentiasa peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.Setiap tingkah laku dapat membezakan yang baik dan buruk. Dengan demikian murid-murid akan lebih mudah menjana idea dalam proses berkarya. Pelajar terlibat dalam penemuan idea sendiri secara kreatif dan membentuk diri mereka bekerja dengan media

Sensitif dan Peka
Individu ini mempunyai daya sensitivity yang tinggi terhadap keadaan di sekeliling mereka termasuk gaya hidup,keperluan dan juga terhadap deria.Kepekaan mereka terhadap alam sekitar serta mempunyai deria dalaman yang sangat sesitif terhadap persepsi estetik.

Berfikiran Bebas
Golongan kanak-kanak ini juga mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu-satu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari dan di terokai oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah difahami.


KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, 5 tahap perkembangan pemikiran Fisher amat penting untuk mengetahui peringkat dan tahap kreativiti supaya pengetahuan tersebut boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi merancang aktiviti seni visual.Murid harus diberi kebebasan untuk menentukan apa yang ingin dipelajari. Pengajaran haruslah menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Kesilapan dan kealpaan murid tidak harus dijadikan sebab untuk mendenda kerana denda mematikan langsung minat murid untuk belajar dan tidak membina kreativiti murid. Tunjang kreativiti adalah emosi, perasaan dan kasih sayang.

Seni begitu memain peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni tidak dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan dalam dunia pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa seni amat memain peranan dalam pembentukan ketamadunan manusia. Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selari dengan perkembangan teknologinya. Justeru seni memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan kita hari ini.

Pengalaman seni akan membantu pelajar dalam pembelajaran dan perkembangan mereka dari peringkat paling asas seperti mengenali diri mereka, mengenali seni dan kebudayaan mereka,perasaan, konsepsi dan ekspresi diri mereka melalui media. Dalam hal ini secara
tidak langsung ia membabitkan proses pengajaran dan pembelajaran, bagaimana seseorang guru seni mengendalikan pengajarannya. Dalam konteks melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, seorang guru seni harus berfikiran kreatif dan hendaklah sentiasa meransang serta membimbing murid-muridnya agar sentiasa berfikiran kreatif dan fleksibel.

Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju kearah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental.








(5167  PATAH  PERKATAAN)















BIBLIOGRAFI
Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Azman Wan Chik (1987). Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur:Karya Bistari.

Iberahim Hassan (2000a). Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingannya, (Kumpulan   
      Esei Pilihan Seni dan Muzik).Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim

Iberahim Hassan (2000b). Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Berhubung Dengan   
     Pendidikan Seni.(Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan  
     Sultan Idris Tanjong Malim.

Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala  
      Lumpur: Kumpulan Budiman.

Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim,Badrul Isa,Khairezan Rahmat(2011) Perkembangan  
     Seni kanak-kanak.Kuala Lumpur :Open University Malaysia

Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik darjah, kaedah   
     & strategi. Kajang: Masa Enterprise.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur:          
     Heinemann, ctk. 4.

Zulkarnain B Hassan, Pendekatan dan Strategi Pendidikan PraSekolah (Nota Kuliah),    
     Fakulti Pendidikan. 2009: Universiti Industri Selangor.

Zulkifli Yaacob dan Mohd Jamel Ismail (2010).Seni dalam pendidikan.Kuala   
     Lumpur :Open University Malaysia

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan