Isnin, 21 April 2014

PJ



pengenalan
            Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak ruang untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor,kognitif,efektif sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya (dipetik oleh Wee Eng Hoe, 2005 ).Pendidikan Jasmani juga merupakan satu proses yang bertujuan untuk mempertingkat kemampuan seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal.Pendidikan jasmani yang dijalankan di sekolah rendah perlu lebih menumpukan kepada pembinaan kemahiran  asas. Pendikan Jasmani harus dijalankan tanpa melibatkan pengajaran yang terlalu teknikal sehingga membosankan pelajar.

Rajah 1 menunjukkan tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
 
                             .

            Penggubalan Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah adalah bertujuan memenuhi hasrat falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.Kurikulum ini menyediakan murid kea rah pembinaan modal insane yang sihat dan cergas.Guru yang mengajar mesti mempunyai pengetahuan dan kecergasan berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan Jasmani.Antara disiplin tersebut melibatkan pembelajaran motor,biomekanik,suaian fizikal,fisiologi senam,psikologi sukan dan sosiologi sukan dengan menerapkan nilai estetika.

2)O B J E K T I F
Murid yang mengikut pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua berkebolehan untuk :
1. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul berdasarkan konsep pergerakan;
2. mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor;
3. mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan;
4. mengenal pasti aktiviti yang dapat meningkatkan tahap kecergasan;
5. memerihal kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala;
6. mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal;
7. melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang  
    selamat;
8. mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan
    aktiviti fizikal; dan
9. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

Kurikulum Pendidikan Jasmani Tahun 2 dibina berasaskan lima aspek iaitu :
a)      Aspek 1- Kemahiran Pergerakan
b)      Aspek 2- Aplikasi pengetahuan dalam pergerakan
c)      Aspek 3- Kecergasan meningkatkan kesihatan
d)     Aspek 4- Aplikasi pengetahuan dalam meningkatkan kecergasan
e)      Aspek 5- Kesukanan

Aspek pembelajaran yang terdapat di dalam komponen kemahiran Pendidikan Jasmani Tahun 2 ialah aspek 1, ( kemahiran pergerakan) aspek 2 ,( aplikasi pengetahuan dalam pergerakan) dan aspek 5 ( kesukanan ) sepertimana yang tersenarai di bawah.

Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan
Melalui Aspek 1, murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui:-
                                i.            konsep pergerakan;
                              ii.            pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor,  
          manipulasi alatan dan pergerakan berirama,
             iii.   gimnastik asas;
             iv.   akuatik asas; dan
              v.   rekreasi dan kesenggangan.

Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
Melalui Aspek 2, murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:-
                                i.            konsep pergerakan;
                              ii.            pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor,  
           manipulasi alatan dan pergerakan berirama,
                            iii.            gimnastik asas;
              iv    akuatik asas dan
               v.   rekreasi dan kesenggangan.

ASPEK 5: KESUKANAN
Melalui Aspek 5, murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan:-
1. Pengurusan dan keselamatan;
2. Tanggungjawab kendiri;
3. Interaksi sosial; dan
4. Dinamika kumpulan


Ringkasan adalah seperti berikut:


 
Modul 1
kemahiran
Aspek 1
Aspek 2
Aspek 3

Kemahiran Pergerakan
Aplikasi Pengetahuan dalam Pergerakan
Kesukanan
Modul 2
kecergasan

Aspek 3
Aspek 4

Aspek 5
Kecergasan Meningkatkan Kesihatan
Aplikasi Pengetahuan dalam Meningkatkan Kecergasan

Kesukanan


3)ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN
Ø  Standard Kandungan :
ü   Konsep Pergerakan
ü  Pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor,bukan lokomotor,manipulasi alatan dan pergerakan berirama.
ü  Gimnastik asas
ü  Akuatik asas
ü  Reareasi dan kesenggangan

Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan ini juga dapat menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosia (JERI).Aspek 1 ini pelajar-pelajar menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal. Definisi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang itu yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut.Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan individu itu berubah kedudukan tempat tersebut.Pergerakan seperti berjalan dan berlari  menyebabkan keseluruhan seluruh badan berubah kedudukan disebut bergerak dan beredar. Meniru pergerakan keretapi adalah contoh terbaik pergerakan lokomotor. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan.Contohnya berlari, melompat,lari sisi,skip ,lompat ketingting ,berjalan ,merangkak , guling balak, guling sisi, galop dan guling hadapan.
Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Sebagai contoh, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Selain itu, pergerakan ini juga merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil kerana ia lebih tertumpu. Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Contoh pergerakan  bukan lokomotor adalah seperti mengilas badan, memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik, menjatuh, mengongcang, melantun, membuai badan, dan lain-lain lagi.
Dalam pergerakan asas pelajar-pelajar hendaklah berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan konsep pergerakan iaitu melakukan pergerakan ke ruang am yang telah  ditetapkan dan meningkat kelajuan pergerakan semasa bergerak.Manakala pergerakan lokomotor pelajar-pelajar berkebolehan melompat pada satu jarak,mendarat dengan kedua-dua belah kaki dengan lutut dan pergelangan kaki difleksi.Pergerakan lokomotor ini hendaklah dengan lakuan yang betul termasuklah melompat berterusan tali yang diayun berulang-ulang oleh dua orang rakan.Berdasarkan standard kandungan pelajar-pelajar berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan bukan lokomotor iaitu melakukan pergerakan fleksi badan (membongkok) ,meregang,mengilas,memusing,menolak,menarik,mengayun dan mengimbang.Gabungan
 pelbagai pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dalam satu rangkaian pergerakan juga dititikberatkan.Pergerakan berirama juga dapat dilakukan apabila guru memainkan muzik atau alunan irama melalui rangkaian pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor dengan alatan mengikut tempo.
            Aspek 1 juga menekankan agar pelajar-pelajar berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul seperti melambung  ,menggolek,menendang, menyerkap, melantun,membaling ,menangkap,memukul dan mengelecek .Segala pelakuan di atas guru-guru dapat pastikan pelajar-pelajar menggolek dan membaling bola  bola pada satu jarak yang ditetapkan secara individu atau kumpulan.Manipulasi alatan yang digunakan ialah bola dan aktiviti yang dapat dijalankan ialah menangkap bola dengan serapan daya,menendang bola yang digolekkan dan menyerkap bola yang bergerak. Berdasarkan standard pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2 pelajar-pelajar juga berkebolehan memukul belon ke atas dan ke hadapan dengan menggunakan pemukul berbentuk silinder seperti bat sofbol.Kemahiran ini amat bersesuai untuk permainan tradisional seperti ‘Rondos’ dalam aktiviti reareasi dan kesenggangan.
            Pelaksanaan satu proses pengajaran dan pembelajaran ,seseorang guru perlu meneliti dan menganalisis teori-teori pembelajaran.Guru juga perlu memilih pendekatan,gaya,dan kaedah yang hendak digunakan.Proses pengajaran dan pembelajaran berkesan sekiranya pendekatan,gaya, dan kaedah yang sesuai dipilih. Hasil daripada teori rangsanagn dan gerak balas (Teori Behaviourisme),maka wujudlah teknik pengajarn kemahiran yang disebut sebagai Latih Tubi ( Skill Drills) dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan.dalam kaedah pengajaran ini ,para pelajar melakukan kemahiran tanpa memahami apa yang mereka lakukan.Skinner yang mempenalkan konsep Pelaziman Operan ( Operant Conditiong).Mengikutnya,murid-murid dapat mempelajari sesuatu melalui teknik cuba jaya dan bagi meneruskan belajar kemahiran,pelajar harus diberi pengukuhan melalui pujian. Oleh itu, banyak kemahiran dalam Pendidikan Jasmani pelajar diberi masa untuk cuba dan jaya bagi menguasai kemahiran sukan dan permainan dalam Pendidikan Jasmani.
            Teori Kepelbagaian Kecerdasan mula diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) menerusi bukunya yang bertajuk Frames of Mind.Tingkah laku pembelajaran manusia telah mencetuskan satu revolusi bagi kecerdasan ( Checkly ,1997).Dalam membina pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani guru perlu mempelbagaikan sumber dan aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi memenuhi ke semua kecergasan (Armstrong ,1994).Jenis-jenis kecerdasan iaitu:
*      Kinestetik
*      Interpersonal
*      Intrapersonal
*      Logik / Matematik
*      Muzik/Lirik
*      Semulajadi
*      Linguistik
*      Ruang

Definisi rekreasi ialah aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperoleh keseronokan,ketenangan minda dan merehatkan badan. Reakreasi terbahagi kepada reakreasi dalam dan reakreasi luar.Contoh rekreasi dalam ( in door) ialah badminton,squash ,boling manakala rekreasi luar (out door) ialah abseiling,perkhemahan ,bola sepak dan lain-lain. Definisi kesenggangan ialah masa  terluang yang digunakan melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberi kepuasan kepada seseorang individu. Jenis-jenis kesenggangan ialah masa terluang (free time),masa senggangan (leisure time) dan penggunaan masa lapang.

Gimnastik pendidikan boleh didefinisikan sebagai satu pendekatan dalam pendidikan di Malaysia. Gimnastik pendidikan ini ianya memberikan tumpuan kanak-kanak kepada pembelajaran dan pengajaran yang unik dari beberapa segi iaitu dari segi gaya pergerakan, pembelajaran dan perkembangan seseorang pelajar atau kanak-kanak. Konsep gimnastik pendidikan dilakukan dengan tujuan yang tertentu adalah untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam setiap pergerakan. Setiap pergerakan yang dibuat membolehkan kanak-kanak atau pelajar mempelajari sesuatu yang baru dalam pelajaran mereka. Selain itu, pendidikan gimnastik juga memberi peluang untuk lihat pergerakan yang dapat dilakukan oleh murid. Kadang kala kanak-kanak tidak pasti yang dapat melakukan pergerakan-pergerakan yang ditunjukkan oleh guru. Tetapi apabila kanak-kanak itu mencuba aktiviti yang dibuat, guru akan dapat mengenal pasti kebolehan kanak-kanak dalam gimnastik. Akuatik asas membolehkan pelajar menguasai kemahiran keyakinan dan keselamatan di air.Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi peraturan di sekitar kolam dan di dalam air. Mereka juga dapat berdiri dalam air dari posisi apungan lentang.Pelajar bukan sahaja dapat menguasai asas renang tetapi dapat melakukan dengan lakuan yang betul.

4)ASPEK 2 APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKAN

Ø  Standard Kandungan :
ü   Konsep Pergerakan
ü  Pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor,bukan lokomotor,manipulasi alatan dan pergerakan berirama.
ü  Gimnastik asas
ü  Akuatik asas
ü  Reareasi dan kesenggangan

Aspek 2 pelajar-pelajar  dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep,prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal. Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.Pergerakan lokomotor  dalam Pendidikan Jasmani murid-murid berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan konsep pergerakan seperti lompat skip yang merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan lompat ketingting.Cara melakukan  ketingting ialah dengan melangkah kaki ke depan, kemudian ketingting menggunakan kaki yang sama. Seterusnya pelajar-pelajar hendaklah langkah kaki sebelah lagi ke depan dan ketingting menggunakan kaki yang sama. Corak pergerakannya ialah dengan memindahkan berat badan di atas kaki secara berselang seli. Lompat gallop (mencongklang) merupakan pergerakan ke depan dengan menggunakan satu kaki mendahului pergerakan secara cepat.Pergerakan melompat ialah boleh berlaku di mana ketika melompat berat badan berada diatas kedua-dua belah kaki. Cara melompat ialah dengan melonjakkan kaki daripada lantai dan mendarat kedua-dua belah kaki engan serentak.
            Pergerakan menggelongsor adalah dengan melangkah menggunakan satu kaki dan diikuti dengan sebelah kaki lagi. Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup dengan kaki belakang. Kaki yang sama akan sentiasa dijadikan kaki yang mendahului pergerakan.Pergerakan melantun ini berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah atau badan bergerak ke depan dan ke belakang secara beritama pantas dan di lakukan secara berterusan. Sebagai contoh permainan bola tampar.
Dalam Aspek 2 ,pelajar-pelajar mengaplikasi pengetahuan dalam pergerakan dan dapat mengenalpasti ciri-ciri perlakuan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.Pergerakan bukan lokomotor seperti membongkok pelajar-pelajar hendaklah membongkok badan ke bawah dan secara perlahan-lahan menegakkkan badan manakala menghayun ialah  satu pergerakan bulat atau separuh bulat mengelilingi satu titik tengah yang tetap. Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukandengan tubuh badan, tangan atau kaki. Selain itu, menghayunkan juga boleh menggunakan tangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke belakang.
Pergerakan Menolak dan menarik dapat dilakukan dengan menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek . Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dak kaki, bahu, dan pinggul. Manakala menarik adalah mendekatkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.Pelajar-pelajar hendaklah melakukan dengan postur badan yang betul.Memusing juga merupakan pergerakan bukan lokomotor boleh dilakukan dengan memusing tangan bermula dari depan ataupun dari belakang.pelajar yang dalam keadaan duduk duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Pelajar memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan.Pergerakan membongkok ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok kehadapan dan kebelakang sahaja.Kapasiti bahagian badan yang boleh dibongkok bergantung kepada struktur sendi terlibat.Pergerakan Meregang adalah ekstensi atau hiperektensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi bermaksud pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibel atau dilipat. Hiperektensi pula ialah renyangan melebihi 180’.Pelajar-pelajar hendaklah melakukan pergerakan mengilas dengan berhati-hati dan boleh dilakukan apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja. Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar dia ats suatu tapak. Selain itu, mengilas adalah pusingan badan atau bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menghera dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalam arah bulatan sahaja. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang. Mengimbang dalam pergerkan bukan lokomotor  adalah penting kerana adanya kestabilan. Terdapat beberapa teknik mengimbang iaitu antaranya ialah sokongan kaki, sokongan sisi, sokongan dua lutut, sokongan pada lantai, sokongan pada kerusi, sokongan satu lutut, sokongan dua tangan satu kaki, sokongan belakang, sokongan satu tangan satu kaki, sokongan dengan rakan seperti aktiviti kereta sorong dan sebagainya. Secara kesimpulannya mengikut Burton(1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas.Pergerakan berirama juga terdapat dalam standard kandungan di mana para pelajar dapat mengaplikasi konsep pergerakan mengikut irama.Proses mengenalpasti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai dalam satu rangkaian pergerakan mengikut tempo.
Pola pergerakan dalam gimnastik terdiri daripada enam pola iaitu pergerakan statik, pergerakan pusingan/putaran, pergerakan hambur, pergerakan hayunan, layangan,dan pergerakan ketika mendarat.Imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri-ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Imbangan juga boleh difahami sebagai kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada Imbangan dalam keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti. Contoh-contoh imbangan ialah seperti, aksi-aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat serta meluncur yang merupakan antara lakuan memindahkan beban yang lazim. Contoh lain ialah berjalan sambil menjengket di atas garisan lurus dan juga berjalan di atas bangku gimnastik.

5) ASPEK 5 –KESUKANAN

Ø  Standard Kandungan :

ü   Pengurusan dan keselamatan
ü  Tanggungjawab Kendiri.
ü  Interaksi Sosial
ü  Dinamika Kumpulan

Konsep aspek ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan.Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah.Pengurusan dan keselamatan hendaklah diambil kira seperti memakai pakaian yang bersesuaian untuk Pendidikan Jasmani atau bersukan seperti gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan tersadung dan terjatuh.Pelajar-pelajar Sentiasa memanaskan badan dahulu sebelum bersukan.Pelajar-pelajar yang tidak sihat seperti demam,sakit atau lelah perlu elakkan diri dari bersukan.Sekiranya pelajar-pelajar baru pulih dari kecederaan atau selesema juga perlu elak daripada bersukan.Pelajar-pelajar hendaklah mengikut peraturan semasa bersukan, di mana ia boleh melindungi daripada kecederaan.Guru-guru hendaklah menggunakan teknik yang betul semasa mengajar dan murid- murid hendaklah mematuhi skil-skil yang betul.Aktiviti-aktiviti yang dijalankan hendaklah di kawasan yang terselamat daripada berlaku bencana dan kecederaan manakala alatan yang digunakan hendaklah selamat ,tidak rosak dan juga fungsi alatan digunakan pada tempat yang betul.Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi peraturan keselamatan di tempat aktiviti yang dijalan bagi keselesaan dan faktor-faktor keselamatan.
Tanggungjawab kendiri dapat dinilai melalui keyakinan dan keberanian sememangnya dapat diterapkan dalam aktiviti pergerakan asas iaitu apabila murid-murid diberi peluang untuk mencuba melakukan pelbagai aktiviti dan seterusnya dapat mencungkil kebolehan yang ada pada diri masing-masing. Apabila mereka berjaya melakukannya secara tidak langsung mereka akan lebih beryakinan dengan kemampuan mereka sendiri.Pelajar-pelajar dapat melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dan juga menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.Pelajar-pelajar lebih bersikap terbuka menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan secara positif.Perasaan ingin mencuba dan memperoleh kemenangan apabila terdapat pertandingan yang dijalankan menunjukkan ada keyakinan dan tanggungjawab kendiri dalam minda dan diri mereka.

Menurut Maryati dan Suryawati (2003) interaksi sosial dibahagi terdiri daripada interaksi antara individu dan individu.Hubungan ini boleh terjadi interaksi positif ataupun negatif. Interaksi positif, jika jika hubungan yang terjadi saling menguntungkan. Interaksi negatif, jika hubungan timbal balik merugikan satu pihak atau keduanya (bermusuhan).Kedua ialah interaksi antara individu dan kumpulan.Interaksi boleh dilihat ketika permainan kecil yang melibatkan kumpulan.Interaksi sosial juga berlaku antara kempulan dan kumpulan.Pelajar-pelajar dapat berkomunikasi antara rakan,guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.Interaksi sosial ini menunjukkan pelajar-pelajar berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.

Semangat berpasukan atau dinamika kumpulan boleh ditakrifkan sebagai kemahuan untuk melakukan sesuatu secara berkumpulan. Semangat berpasukan ini dapat disemai apabila murid-murid melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor secara berkumpulan. Melalui aktiviti berkumpulan ini, secara tidak langsung murid akan menunjukkan nilai saling bantu-membantu dan semangat berpasukan antara satu sama lain. Semangat bantu-membantu dan tolong menolong dapat disemai dalam kerja yang dihasilkan. Mereka akan tidak bosan dan berasa gembira serta seronok dengan aktiviti yang melibatkan perkara-perkara tersebut. Oleh yang demikian, murid-murid dapat meneroka setiap kemahiran yang dilakukan dengan rasa seronok.Pelajar-pelajar juga dapat memilih sendiri rakan untuk membentuk kumpulan.Selain daripada itu terdapat pelbagai aktiviti secara berpasangan dan kumpulan yang membolehkan mereka lebih mesra dan mengenali rakan mereka dan seterusnya mereka dapat bekerjasama dan saling bantu-membantu dalam kumpulan. Selain itu, melalui aktiviti seperti ini ia mampu untuk memupuk semangat toleransi dan kerjasama, di samping dapat membentuk kepimpinan serta sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru. Selain itu, matlamat pergerakan ini ialah dapat memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor, meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak, mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ), dan meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak
           
 RUMUSAN
Pendidikan Jasmani dapat membantu perkembangan diri individu serta memberi penekanan kepada perkembangan fizikal,sosial,mental dan emosi individu.bagi kanak-kanak,tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri sendiri perlu dipupuk dari kecil lagi.Kesihatan yang dimaksudkan merangkumi bukan sahaja kesihatan fizikal tetapi juga kesihatan mental,emosi dan sosial.Kecergasan fizikal yang sempurna membolehkan golongan remaja dan dewasa mengatasi kesukaran ketika menyempurnakan tugasan-tugasan yang diberikan.Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dapat membina atau membentuk masyarakat menjadi cergas melalui aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.Selain itu,Pendidikan Jasmani dapat membentuk sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat.Masyarakat hendaklah menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan.
            Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting dan boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit kronik.Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa.Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus bergiat cergas sepanjang hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka. “Badan sihat otak cergas”.
 

                           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan