PE
N D A H U L U A N
Kurikulum
Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah digubal berasaskan standard
kandungan dan standard pembelajaran yang perlu murid kuasai dan capai. Standard
kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi kemahiran,
pengetahuan
dan
nilai. Standard pembelajaran merupakan penetapan kriteria atau indikator
pencapaian setiap standard kandungan.Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani
Sekolah Rendah juga digubal dengan mengekalkan prinsip-prinsip Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) Pendidikan Jasmani dan menggunakan Standard Antarabangsa
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Murid Sekolah oleh International Council
for Health, Physical Education, Recreational-Sports And Dance (ICHPER-SD)
sebagai panduan. Kandungan kurikulum ini juga masih mengekalkan tiga domain
pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.Penggubalan Kurikulum
Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah adalah bertujuan memenuhi hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang
seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, danjasmani. Kurikulum ini
menyediakan murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan cergas.Kajian
yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menunjukkan 60.1% rakyat
Malaysia tidak melakukan aktiviti yang aktif dan menghadapi pelbagai risiko penyakit
kronik dan penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, kencing manis dan
tekanan darah tinggi(Noncommunicable Disease Section - Disease Control Divison,
2006). Justeru, tahap kecergasan murid ditingkatkan melalui amalan dan
pengetahuan Pendidikan Jasmani sejak awal lagi.Guru yang mengajar Kurikulum
Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran
asas dalam pergerakan dan kecergasan berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan
Jasmani. Antara displin tersebut melibatkan pembelajaran motor,perkembangan
motor, biomekanik, suaian fizikal, fisiologi senam, psikologi sukan dan
sosiologi sukan dengan menerapkan nilai estetika. Pengajaran dan pembelajaran Kurikulum
Standard Pendidikan Jasmani seharusnya dilaksanakan dalam suasana yang
menyeronokkan dengan menekankan aspek keselamatan.
M
A T L A M A T
Kurikulum
Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah bertujuan membina murid menjadi individu yang
cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni
melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan
O
B J E K T I F
Murid
yang mengikut pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani
Tahun Dua berkebolehan
untuk
:
1.
melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul berdasarkan konsep
pergerakan;
2.
mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor;
3.
mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan;
4.
mengenal pasti aktiviti yang dapat meningkatkan tahap kecergasan;
5.
memerihal kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala;
6.
mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal;
7.
melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang
selamat;
8.
mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan
aktiviti fizikal; dan
9.
mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.
F
O K U S M A T A P E L A J A R A N
Terdapat
tiga fokus Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah untuk murid
Tahun Dua iaitu:
membina
kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor; memperkenalkan konsep kecergasan
berdasarkan
kesihatan;
dan memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri, dan interaksi sosial
semasa melakukan aktiviti fizikal
O R G A N I S A S I K
A N D U N G A N
Dokumen
Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua merupakan dokumen pembelajaran
untuk satu tahun persekolahan yang diorganisasikan secara modular mengikut
Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berdasarkan kurikulum modular, kandungan
dikelompokkan kepada bahagian-bahagian yang dinamakan sebagai modul. Modu lmerangkumi
kandungan pembelajaran dalam bentuk unitkendiri-lengkap (self-contained) yang
terdiri daripada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti
untuk dikuasai dan dicapai.Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua
terdiri daripada modul kemahiran dan modul kecergasan yang dibina berasaskan
lima aspek iaitu:-
Aspek
1 : Kemahiran Pergerakan
Melalui
Aspek 1, murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang
diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui:-
1.
konsep pergerakan;
2.
pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor,
manipulasi
alatan dan pergerakan berirama,
3.
gimnastik asas;
4.
akuatik asas; dan
5.
rekreasi dan kesenggangan.
Aspek
2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
Melalui
Aspek 2, murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip dan
strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam
melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:-
1.
konsep pergerakan;
2.
pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi
alatan dan pergerakan berirama,
3.
gimnastik asas;
4.
akuatik asas; dan
5.
rekreasi dan kesenggangan.
Aspek
3: Kecergasan Meningkatkan Kesihatan
Melalui
Aspek 3, murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan untuk
kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:-
1.
konsep kecergasan; dan
2.
komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan,
kekuatan dan daya tahan otot, dan
komposisi badan.
Aspek
4: Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan
Melalui
Aspek 4, murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip dan
strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang
melibatkan:-
1.
konsep kecergasan; dan
2.
komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan
dan daya tahan otot, dan komposisi badan.
Aspek
5: Kesukanan
Melalui
Aspek 5, murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi
elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk
melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan:-
1.
pengurusan dan keselamatan;
2.
tanggungjawab kendiri;
3.
interaksi sosial; dan
4.
dinamika kumpulan
Susunan
kandungan kurikulum Tahun Dua ini bertujuan memudahkan pelaksanaan kurikulum
Pendidikan Jasmani. Setiap aspek dalam dokumen Kurikulum Standard Pendidikan
Jasmani Tahun Dua yang hendak dicapai dinyatakan dalam lajur utama iaitu
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi
kandungan yang perlu murid pelajari manakala lajur Standard Pembelajaran
menunjukkan apa yang murid perlu kuasai dan capai.Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Kandungan dalam Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua
adalah setara dengan pencapaian objektif psikomotor, kognitif dan afektif dalam
pengajaran danpembelajaran Pendidikan Jasmani. Bagi tujuan pengajaran
kemahiran, guru menggunakan Modul Kemahiran yang terdiri daripada Aspek 1,
Aspek 2 dan Aspek 5 secara serentak. Manakala untuk pengajaran
kecergasan,
guru menggunakan Modul Kecergasan yang terdiri daripada Aspek 3, Aspek 4 dan
Aspek 5 secara serentak. Guru boleh membuat pilihan sama ada mengajar kemahiran
atau kecergasan terlebih dahulu tanpa mengabaikan gabungan aspek yang telah ditetapkan.
Gimnastik pendidikan
boleh didefinisikan sebagai satu pendekatan dalam pendidikan di Malaysia.
Gimnastik pendidikan ini ianya memberikan tumpuan kanak-kanak kepada
pembelajaran dan pengajaran yang unik dari beberapa segi iaitu dari segi gaya
pergerakan, pembelajaran dan perkembangan seseorang pelajar atau kanak-kanak.
Konsep gimnastik pendidikan dilakukan dengan tujuan yang tertentu adalah untuk
meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam setiap pergerakan. Setiap pergerakan
yang dibuat membolehkan kanak-kanak atau pelajar mempelajari sesuatu yang baru
dalam pelajaran mereka. Selain itu, pendidikan gimnastik juga memberi peluang
untuk lihat
pergerakan yang dapat dilakukan oleh murid. Kadang kala kanak-kanak tidak pasti
yang dapat melakukan pergerakan-pergerakan yang ditunjukkan oleh guru. Tetapi
apabila kanak-kanak itu mencuba aktiviti yang dibuat, guru akan dapat mengenal
pasti kebolehan kanak-kanak dalam gimnastik.
Kadang kala kanak-kanak tidak pasti yang dapat melakukan
pergerakan-pergerakan yang ditunjukkan oleh guru. Tetapi apabila kanak-kanak
itu mencuba aktiviti yang dibuat, guru akan dapat mengenal pasti kebolehan
kanak-kanak dalam gimnastik.
Apabila kanak-kanak dapat melakukan pergerakan yang ditunjukkan oleh
guru, mereka akan dapat menyelesaikan masalah-masalah pergerakan yang dihadapi.
Hal ini demikian kerana, tubuh badan tidak dapat mengetahui sama ada dapat
melakukan sesuatu pergerakan atau tidak melainkan dengan membuat pergerakan itu
terlebih dahulu. Murid juga perlu mengatasi rintangan dengan pelbagai cara
pergerakan. Antara contoh pergerakan yang dilakukan oleh murid adalah gulingkan
badan dari depan ke belakang dengan bertubi-tubi, bergerak dari setempat ke
setempat yang lain, dan melakukan pergerakan dari setingkat kepada setingkat
yang lain. Peralatan yang digunakan dalam gimnastik ini ialah gelung, tilam,
reben peti tombol, bangku essex, pemidang taiping, dan sebagainya.
Imbangan ialah kestabilan yang
dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak,
yang juga mempunyai ciri-ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik.
Imbangan juga boleh difahami sebagai kebolehan seseorang mengekalkan posisi
badannya ketika dia berada Imbangan dalam keadaan tetap atau semasa melakukan
sesuatu aktiviti. Contoh-contoh imbangan ialah seperti, aksi-aksi berjalan,
berlari, melompat, mengguling, meloncat serta meluncur yang merupakan antara
lakuanmemindahkan beban yang lazim. Contoh lain ialah berjalan sambil
menjengket di atas garisan lurus dan juga berjalan di atas bangku gimnastik..
Gimnastik pendidikan boleh didefinisikan sebagai satu pendekatan
dalam pendidikan gimnastik. Ianya memberi tumpuan kepada pembelajaran individu
yang unik dari segi gaya pergerakan, pembelajaran dan juga perkembangan
pelajar.
Pola pergerakan dalam gimnastik terdiri daripada enam pola iaitu
pergerakan statik, pergerakan pusingan/putaran, pergerakan hambur, pergerakan
hayunan, layangan,dan pergerakan ketika mendarat. Setiap pola pergerakan
tersebut, hendaklah dikuasai oleh setiap individu yang ingin berkecimpung dalam
sukan gimnastik.
Pergerakan statik ialah mengimbang di atas sesuatu bahagian badan atau membiarkan badan dalam kedudukan tergantung. Dalam pergerakan yang bercorak statik, pusat graviti peserta adalah dalam keadaan tetap. Manakala pergerakan pusingan / putaran ialah berguling menuju ke sesuatu arah atau bergerak secara berpaksi. Pergerakan hambur pula ialah melompat atau melonjak ke paras lain hasil daripada tolakan kaki, tangan atau bahagian badan yang lain. Pergerakan hambur memerlukan kekuatan dan kepantasan.
Pola pergerakan seterusnya hayunan iaitu menghayun badan dari bahagian hadapan menuju ke bahagian belakang atau dari sisi (badan jadi tergantung). Dalam pergerakan layangan pula ialah individu mengerakkan badan di udara kepada paras yang tertentu selepas melonjak / menghambur dan sebelum mendarat. Dan akhir sekali ialah pergerakan ketika mendarat, individu perlu mengakhiri sesuatu layangan atau lompatan secara terkawak di atas lantai.
Jelasnya, pola pergerakan merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Malah setiap jenis gimnastik terdiri daripada setiap pola pergerakan dan setiap pola pergerakan amat berkait rapat dengan tiga konsep asas dalam gimnastik iaitu imbangan, kelenturan dan juga
Pergerakan statik ialah mengimbang di atas sesuatu bahagian badan atau membiarkan badan dalam kedudukan tergantung. Dalam pergerakan yang bercorak statik, pusat graviti peserta adalah dalam keadaan tetap. Manakala pergerakan pusingan / putaran ialah berguling menuju ke sesuatu arah atau bergerak secara berpaksi. Pergerakan hambur pula ialah melompat atau melonjak ke paras lain hasil daripada tolakan kaki, tangan atau bahagian badan yang lain. Pergerakan hambur memerlukan kekuatan dan kepantasan.
Pola pergerakan seterusnya hayunan iaitu menghayun badan dari bahagian hadapan menuju ke bahagian belakang atau dari sisi (badan jadi tergantung). Dalam pergerakan layangan pula ialah individu mengerakkan badan di udara kepada paras yang tertentu selepas melonjak / menghambur dan sebelum mendarat. Dan akhir sekali ialah pergerakan ketika mendarat, individu perlu mengakhiri sesuatu layangan atau lompatan secara terkawak di atas lantai.
Jelasnya, pola pergerakan merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Malah setiap jenis gimnastik terdiri daripada setiap pola pergerakan dan setiap pola pergerakan amat berkait rapat dengan tiga konsep asas dalam gimnastik iaitu imbangan, kelenturan dan juga
koordinasi. Keupayaan melakukan pusingan/putaran, hayunan,
layangan, dan hambur jelas merupakan salah satu aktiviti yang menekankan konsep
kelenturan itu sendiri.