Isnin, 21 April 2014

Pantun



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Tarikh / Hari                         : 19 April 2012 ( Khamis )
Masa                                     : 10 45 – 11. 45 pagi
Kelas                                     : 5  Bestari
Bilangan Murid                       : 36 orang
Topik                                    : Kebudayaan Malaysia
Sub Topik ( II )                       : Mencipta Pantun
Kemahiran                             :10.1 Aras 3(i)
         Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan  
         kemas  dan menggunakan bahasa yang tepat , indah
         dan menarik
Objektif                                 : Murid dapat menyusun bait-bait  pantun dengan  betul
         susunannya.           
Pengetahuan Sedai Ada          : Murid sudah mengetahui jenis-jenis puisi  pada                                                                  pembelajaran lepas
Konsep                                   : Mencipta pantun
Bahan                                    : Kertas majung, papan putih,  Kad Keratan Pantun,
         Lembaran Kerja
Nilai                                       : Yakin kepada diri sendiri, menghargai warisan  puisi    
                                                tradisional  dan menghargai kebudayaan rakyat
          Malaysia.
Kemahiran                             : Kemahiran Belajar, Kemahiran Berfikir, Kemahiran                             
                                               Berbahasa

LANGKAH / MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI P&P
CATATAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID
SET INDUKSI
(  5  minit )
Gulungan
Ajaib
1.Guru bertanya
   khabar kepada
   murid
  -kehadiran

      1.       meneka gulungan  ajaib

3.Guru  membuka gulungan ajaib –pantun empat kerat
1. murid menjawab pertanyaan guru


2. murid meneka dengan penuh teruja
Bahan :
§  Gulungan kertas maajung- gulungan ajaib

Teknik :
§  Soal jawab



PERKEMBANGAN

LANGKAH 1
( 10   minit )
 Petikan pantun empat kerat
1. Guru mengarahkan murid membaca pantun dengan nada, gaya dan intonasi yang sesuai

1.    Murid membaca rangkap pantun yang diberi
2.    Murid menyatakan maksud pantun yang diberi
Bahan :
§  Kertas majong

Kaedah :
§  Individu  dan kelas


LANGKAH 2
(  15   minit )
Teks pantun

Ciri-ciri pantun empat kerat
-          Terdiri daripada empat baris(2 baris pembayang dan 2 baris maksud)
-          Mempunyai jeda
-          Rima akhir a,b,a,b atau a,a,a,a
-          Mempunyai  antara 8 hingga 12 sukukata setiap baris
-           
1.    Guru menyoal dan menerang ciri-ciri pantun empat kerat
2.    Guru mencatat ciri-ciri pantun di papan putih
1.    Murid menyatakan ciri-ciri pantun empat kerat



2, Murid menyebut semula  ciri-ciri pantun yang disenaaraikan sebagai pengukuhan
Bahan :
Kertas majong dan papan putih
LANGKAH 3
(   15  minit )
Latihan / Aktiviti berdua
1.    Secara berdua, guru menyuruh murid meyusun  baris pantun yang diberi menjadi rangkap pantun yang betu l.

2.    Mengarahkan murid ke depan untuk membaca pantun mereka
3.    Berdasarkan ciri-ciri pantun yang dibincangkan murid secara berdua menyusun baris-baris pantun dengan betul



2.    Murid membaca pantun yang disusun di hadapan kelas
3.    Murid menjawab
soalan dengan menyusun baris-baris menjadi rangkap pantun.
1.    Kad pantun (aktiviti berdua)
LANGKAH 4
     (   10  minit )
Latihan Pengukuhan :
1.    Murid diberi kertas edaran agar menyusun baris menepati ciri-ciri pantun


1.    Murid menyiapkan latihan yang diberi dengan menyusun semula baris-baris menjadi  rangkap pantun yang lengkap.
Kertas edaran (tugasan individu)
PENUTUP
(   5   minit )
Rumusan
1.    Guru menyoal murid dengan beberapa soalan yang berkaitan  pengajaran hari itu
2.    Guru memberi latihan pengukuhan di rumah supaya mencipta serangkap pantun budi.
1.    Murid menjawab soalan yang dikemukakan





2.    Murid bersedia dengan tugasan baru.















Rujuk buku teks Bahasa Melayu

Refleksi : Sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kesemua 36 orang murid menunjukkan rasa seronok,  memahami dan menjawab soalan dengan baik. Hasilnya kesemua  murid dapat membina  rangkap pantun dengan betul susunannya . 

Dalam aktiviti pemahaman pula, kaedah yang disarankan oleh Mohd. Johari iaah
Aktiviti mime .Mime ialah amalan menggunakan lakonan, pergerakan tubuh atau anggota
badan bagi menjelaskan sesuatu tanpa pertuturan. Misalnya sebelum puisi diperkenalkan
kepada pelajar guru akan melakonkan tanpa menggunakan bahasa, insiden-insiden yang
terdapat dalam puisi tersebut sebagai set pembelajaran.Bagi melaksanakan aktiviti berkenaan guru boleh membentuk pelajar kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan Kumpulan B. Kedua-dua kumpulan ini akan bersedia menjawab pantun masingmasing. Misalnya “pantun pahlawan” dengan gaya yang penuh keberanian.

Contohnya:
Pantun Kepahlawanan

Kumpulan A
Apa guna kepuk diladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna berambut panjang
Kalau tidak berani mati

Kumpulan B
Jika terjumpa ular tedung
Carilah buluh kayu pemukul
Berani buat beranilah tangggung
Tangan menjinjing bahu memikul.

Kumpulan A
Pudak bukan sebarang pudak
Pudak tumbuh di tepi lombong
Jalak bukan sebarang jalak
Jalak biasa menang bersabung



Kumpulan B

Hang jebat hang kasturi
Budak-budak Raja Melaka
Jika hendak jangan dicuri
Mari kita bertentang mata

Kumpulan A
Kalau mengail dilubuk dangkal
Dapat ikan penuh seraga
Kalau kail panjang sejengkal
Jangan lautan hendak diduga

Kumpulan B
Sampan kotak mengapa dikayuh
Hendak belayar ke tanah seberang
Patah kepak bertongkat paruh
Pantang menyerah di tengah gelanggang
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan