Isnin, 21 April 2014

Assignment Seni




pengenalan

Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti? Dapatkah manusia mengembangkan kreativiti? Pelbagai kajian telah dilakukan mengenai konsep ini dan banyak juga jawapan yang diperolehi, bergantung kepada latar belakang profesonal penelitinya. Kreativiti melibatkan daya berfikir,dan kemahiran berfikir.Justeru itu kreativiti sebenarnya boleh dibentuk dan dilatih.Ramai pengkaji mengklafikasikan kemahiran berfikir secara kreatif sebagai kemahiran menggunakan otak kanan. Pengertian kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan), mencipta daya kreatif, kereatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Karya-karya penyelidikannya dalam mendalami bdang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran “Bapa Kreativiti’. Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh Seni Visual tentang kreativiti.Antara yang dapat saya senarai di bawah ini ialah :

a)      Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.
Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
b)      June King McFee pula mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang
mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea.
c)      Carl Rogers mempunyai takrifan yang unik tentang kreativiti.beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Konsep kreativiti Rogers ini mempunyai persamaan dengan konsep generativiti Erik Erikson.

Terdapat berbagai tahap kreativiti. Kreativiti tahap tinggi boleh membentuk sesuatu yang baru dari yang lama. Sebagai contoh pergerakan tangan yang lincah dalam silap mata, prinsip menyembunyikan sesuatu, kaedah mengubah arah dan lain-lain lagi merupakan alat untuk dimanipulasikan melalui kreativiti. Gabungan dari perkara ini merupakan satu idea dan kita akan menjadi lebih kreatif dalam silap mata. Justeru itu, kemahiran ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran( p&p) supaya menjadi lebih menarik. Perkara ini bukanlah mudah untuk dilakukan. Kreativiti dalam tahap ini sebenarnya datang dari pemerolehan pengetahuan melalui susunan, urutan asas untuk membentuk sesuatu yang baru. Sesiapa yang membentuk kemahiran ini mempunyai taakulan yang kreatif. Kesimpulan daripada saya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli dan juga  kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

KEPENTINGAN KREATIVITI PADA KANAK-KANAK

Pengalaman dalam melakaukan sebarang  aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka.Pada kelazimannya mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru.Untuk meluahkan rasa hati, mereka akan mencipta sesuatu dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk.Cara yang unik ini mencerminkan kreativiti kanak-kanak.Kanak-kanak yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan diri dan bersifat optimis.(fleksibel).Mereka juga amat peka dan sensetif terhadap keadaaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan,persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Kanak-kanak ini dapat mencetus idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea kanak-kanak ini unik dan menarik.Kanak-kanak ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa.Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.

Selain daripada itu ,pentingnya kreativiti kepada kanak-kanakkerana mereka lebih peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.Mereka tahu membezakan yang baik dan buruk.Mereka juga sangat menghormati masa.Sikap terbuka di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain terutamana daripada  ibubapa, guru, rakan mengenai hasil karya dan kerja mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi lebih menarikKesimpulanya golongan kreatif ini juga mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong  pada  satu-satu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.Oleh dengan itu kreativiti perlu ada pada kanak-kanak agar dapat membangunkan Negara.Justeru,adalah penting bagi guru-guru Pendidikan Seni Visual untuk mengetahui tahap dan corak pemikiran kreatif murid-murid supaya pengajaran yang dirancang menjurus ke arah itu.

LIMA TAHAP PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Namun apa yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); “Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna ‘memenuhi’. Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.”
Proses kreativiti boleh melibatkan :
Ø  Perasaan dalaman kanak-kanak,imaginasi dan kreativiti
Ø  Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang dimbil.
Ø  Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.


Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:
1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.
2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the patternof  
    sameness.
3. Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box
4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru
5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.
6. Membuka minda dengan idea-idea baru.
7. Mencabar andaian
8. Mencipta sesuatu yang baru
9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil
11. Berfikir secara fleksibel.
12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel)
13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.


TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

5 Tahap  Perkembangan Kreativiti Fisher
(a) Peringkat Rangsangan
Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. Guru perlu membantu murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu.

(b) Peringkat Penerokaan
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Latihan dan pendedahan seperti kajian, latihan menyelesaikan masalah dan juga eksperimentasi boleh membantu.Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara,gaya,dan teknik.Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan.

(c) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.

Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:
*      Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,
            pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
*      Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.

(d) Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti ‘’Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?’’

(e) Kajian Semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pada peringkat ini, pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi menggalakkan perkara tidak diingini daripada terjadi semula. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.
Rajah 5.6: Perkembangan kreativiti menurut Fisher (1943)

Berdasarkan kepada lima tahap perkembangan pemikiran kreatif Fisher (1943) Saya akan huraikan dan kaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran (p&p) dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang telah saya ajar kepada pelajar Tahun 5.Aktiviti menggambar iaitu menghasilkan gambar pokok menggunakan pelbagai teknik iaitu gunting tampal (kolaj) .Ringkasan lesson plan adalah seperti di bawah:
 
                                    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tajuk : Tanya Sama Pokok
Bidang : Menggambar
Kelas   :Tahun 5 Bestari
Masa    :8.45-9.45 pagi.

LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI P&P
Sei Induksi
Nyanyian lagu:
-Nyanyi lagu : Tanya Sama Pokok : CD
-Menari dan membuat gaya pokok
( permainan)
 Tahap Rangsangan

Langkah 1
Kenalpasti pokok
(Kawasan sekolah)
-Murid melihat pokok dari segi warna,tektur,jalinan,saiz, bentuk dan lain-lain
Tahap Penerokaan
Langkah 2
Kenalpasti bahan-bahan dan alatan melukis /tampalan.
-Kenalpasti bahan dan alat termasuk warna yang diperlukan dalam menghasilkan gambar pokok dan teknik tampalan.
Tahap Perancangan
Langkah 3
Lakaran sebatang pokok dan tampalan.(kolaj)
-Murid melakar sebatang pokok dan mula menampal bahan-bahan cebisan –kolaj
Tahap Aktiviti
Langkah 4
Rumusan /kesimpulan
-Guru dan murid membuat rumusan atau refleksi p&p pada hari itu.
-Guru member hadiah kepada murid yang menghasilkan karya yang terbaik.
Kajian Semula





Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak membawa banyak faedah kepada guru. Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan mencapai objektif matlamatnya seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Antara faedah utama yang dapat membantu dan membentuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah menyediakan isi pengajaran yang sejajar dengan keupayaan mental murid-murid. Kandungan isi perlu dirancang terlebih dahulu dan dikaji keberkesanannya agar mencapai matlamatnya.Guru juga perlulah menyediakan objektif yang sesuai arasnya mengikut tahap individu murid dan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang membantu kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

2.1 PERINGKAT RANGSANGAN
Set induksi merupakan proses terawal dalam memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini penting kerana set induksi yang baik dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk belajar.Melalui aktiviti seni daya estetika kanak-kanak dapat dipertingkatkan.Contohnya saya menggunakan nyanyian dalam  dalam set induksi  untuk memperkenalkan tajuk “pokok” .Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti pokok yang bergoyang ditiup angin.Pada kebiasaanya kanak-kanak akan berasa seronok apabila guru menjalankan aktiviti menyanyi.Dalam aktiviti ini lagu ‘Tanya sama pokok dalam versi lagu Yuna’Nyanyian lagu itu dapat merangsang  pembelajaran terhadap tajuk yang akan dipelajari pada hari itu.Selain itu aktiviti nyanyian dapat menambahkan keyakinan diri seperti menyanyi dengan yakin,mengikut tempo dan pic yang tepat akan menjadi pelajar itu lebih kreatif dan bertanggungjawab.Murid-murid akan menari dan membuat gaya pokok serta memerlukan aktiviti pergerakan .Ketika aktiviti ini dilakaukan kanak-kanak akan mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang,masa,imbangan berat badan dan daya atau aliran.

Secara ringkasnya,perkembangan pelajar boleh dikategori kepada domain-domain berikut:
Ø  Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar
Ø  Domain efektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
Ø  Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar dan
Ø  Domain sosial melibatkan perkembangan kemahiran sosial pelajar.

Perkembangan pemikiran adalah proses yang mengambil masa yang lama.Perkembangan pemikiran berlaku dengan aktif sewaktu di alam persekolahan sejajar dengan pertubuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak.Oleh itu domain kognitif menjadi focus utam dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Taksonomi Bloom membahagikan domain kognitif ini kepada 6 peringkat,yang bermula dari tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang sukar dicapai.Perkembangan domain kognitif pelajar melibatkan cara berfikir,merasa dan bertindak.Penyusunan domain kognitif perlu mengikut keupayaan pelajar dari mudah kepada yang susah.Perancangan kognitif disusun mengikut keupayaan pelajar bagi membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang dan dijalankan dengan lebih sistematik dan berkesan.Peringkat yang rendah perlu dicapai terlebih dahulu,diikuti peringkat selanjutnya yang lebih susah.Oleh yang demikian perancangan aktiviti membuat pokok dengan teknik kolaj adalah mengikut Taksonomi Bloom.








PANDUAN PENULISAN ITEM MENGIKUT ARAS KOGNITIF BLOOM
( TAKSONOMI BLOOM )

Bloom membahagikan kebolehan kognitif kepada 6 aras

PENGETAHUAN
Fakta/ Terminologi/ Kelaziman/Urutan/Pengkelasan/Kriteria/Metodologi/Prinsip dan Generalisasi/ Teori dan Struktur
KEFAHAMAN
Penterjemahan/ Intepretasi/ Ekstrapolisasi
APPLIKASI
Mengenalpasti Tugasan dalam Item/ mengingati semula prinsip/ Melakukan penyelesaian masalah
ANANLISIS
Analisis elemen / Analisis perkaitan/ analisis Organisasi
SINTESIS
Penghasilan Set Komunikasi yang Unik/ Penghasilan cadangan suatu set operasi/ Penghasilan Suatu set pertalian perkara perkara abstrak
PENILAIAN
Penilaian Berdasarkan eviden dalaman / luaran
CONTOH ARAS KESUKARAN ITEM BERDASARKAN KATA TUGAS SOALAN

Aras Kesukaran
Konstruk/Kemahiran



Kata Tugas

Rendah (R) / Achievements
  • Pengetahuan
  • Kefahaman


  • Apakah
  • Berapakah
  • Siapakah
  • Bilakah
  • Labelkan
  • Senaraikan
  • Namakan
  • Definasikan
Sederhana (S) / Credit (C)
  • Applikasi
  • Analisis


  • Lakarkan
  • Jelaskan
  • Huraikan
  • Bincangkan
  • Wajarkan
  • Ramalkan
  • Perihalkan
  • Menyelesaikan
Tinggi (T) / Excellent (E)
  • Sintesis
  • Penilaian


  • Rumuskan
  • Sarankan / Syorkan
  • Ulaskan
  • Nilaikan
  • Iktibar
  • Mengarang

Berdasarkan kepada aras kesukaran item berdasarkan kata tugas soalan.Soalan-soalan yang saya ajukan kepada murid bermula daripada aras rendah hingga mencapai aras kritikal dan menguji minda kanak-kanak.Contoh soalan adalah seperti di bawah:

Contoh soalan
Aras Kesukaran
Konstruk /
Kemahiran

1.Apakah kegunaan pokok kepada manusia?
2.Berapakah bahan yang diperlukan untuk membuat kolaj-pokok?
2.Siapakah yang pernah menanam pokok bunga di rumah?
3.Mengapakah manusia menanam pokok ?
4.Labelkan bahagian-bahagian yang terdapat pada sebatang pokok?
5.Senaraikan bahan –bahan untuk ditampal pada lukisan pokok/kolaj?
6.Namakan bahagian-bahagian pada sebatang pokok?


Aras rendah

Pengetahuan
Kefahaman

1.Lakarkan gambar sebatang pokok yang cantik?
2.Jelaskan kegunaan pokok pada alam sekitar?
3.Huraikan cara-cara menanam pokok?
4.Bincangkan kepentingan bahagian-bahagian pokok kelapa kepada manusia?
5.Ramalkan apa yang terjadi sekiranya dunia tiada pokok?


Aras sederhana

Applikasi
Analisis

1.Rumuskan pelajaran pada hari ini?
2.Sarankan apa warna-warna yang sesuai untuk sebatang pokok?
3.Ulaskan kegunaan bahagian –bahagian pokok kelapa?


Aras Tinggi

Sintesis
Penilaian


2.2TAHAP PENEROKAAN
Langkah ke dua kanak-kanak belajar bersama-sama mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka.Untuk mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan meneroka dengan melihat secara maujud pokok yang ada di persekitaran sekolah dari segi jalinan,struktur,warna,fizikal dan saiz pokok itu. Mereka dapat memegang,merasa,bahagian-bahagian pokok dan jga bermain-main dengan pokok ciptaan Allah s.w.t.Pada langkah ke dua ini mereka akan meneroka dan mentafsir mengikut kefahaman mreka sendiri.Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkenaan hendaklah yang bermakna dan menyeronokkan. Ini dapat membantu penglibatan setiap individu murid dalam aktiviti yang dirancang sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.

2.3TAHAP PERANCANGAN

Berdasarkan kepada perkembanagan kreativiti Fisher Kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti menghasilkan gambar pokok melalui penggunaan warna dapat merangsang minda pelajar lebih kreatif. . Semasa menghasilkan karya catan misalnya, pelajar diberi peluang mencuba pelbagai warna yang mereka fikir sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna pilihan untuk menghasilkan warna baharu yang sesuai dengan karya. Memanipulasi merujuk kepada keadaan di mana seseprang individu mampu bertindak melalui bahan atau keadaan sedia ada.Maksudnya murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat disekeliling untuk dijadikan hasilan seni.Dengan cara ini, pelajar bebas meneroka, meluahkan perasaan dan kreativiti.

Menerusi teknik kolaj, pelajar boleh merancang  untuk menggunakan kertas warna dan meneroka penggunaan bahan berwarna yang terdapat di sekitar mereka. Keratan kertas majalah, cebisan kertas kotak, helaian daun kering, serpihan kulit kayu , kekacang dan sebagainya boleh digunakan. Mereka akan menampal bahan-bahan pilihan untuk membentuk objek imaginasi. Proses memindahkan idea, dari kotak fikiran ke bentuk visual, di atas kertas merupakan satu proses artistik yang penuh kreativiti. Proses ini menggabungkan beberapa jenis deria rangsangan dan dapat merangsang minda pelajar agar menjadi lebih kreatif dan berkesan.Guru juga boleh memberi peluang pelajar  mencuba, membuat eksprimen dan meneroka penggunaan bahan untuk menghasilkan karya. Melalui Seni Dalam Pendidikan pelajar dapat menggunakan bahan-bahan di sekitar mereka untuk membentuk, membuat binaan dan sebagainya. Mereka tidak terikat dengan bahan yang disediakan dalam bilik darjah. Pembelajaran mereka meliputi ruang yang lebih luas dan mendorong mencapai tahap kepuasan belajar sebagaimana diingini.
An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang lebih padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.

2.4TAHAP AKTIVITI

Guru tidak berperanan sebagai pengkritik apatah lagi menghina pendapat murid. Setiap pendapat murid hendaklah diterima dengan tangan dan hati yang terbuka. Murid diberi kebebasan mutlak menentukan hasil. Di dalam pembinaan idea kreativiti ini hubungan murid dan guru merupakan hubungan di alam permainan yang diselaputi oleh semangat cinta dan kasih sayang.Kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti melalui penggunaan warna dapat merangsang minda pelajar lebih kreatif. . Semasa menghasilkan kolaj kita murid menggunakan kreativiti masing-masing dan guru sebagai pembimbing sahaja.

Justeru itu, melakukan penyerapan dan penggabungjalinan yang sejajar dengan pelbagai aspek perkembangan murid. Ini dapat mengetahui di mana tahap pencapaian seseorang murid ataupun maklum balas daripada mereka sama ada apa yang disampaikan atau diajar diterima dengan baik ataupun tidak.

Dalam masa yang sama, meningkatkan ingatan murid kerana pembelajaran adalah efektif dengan aras perkembangan mental mereka. Guru akan memberi nasihat dan peringatan melalui penekanan dalam menyedarkan diri murid betapa pentingnya pelajaran kepada diri dan kehidupan mereka. Guru perlulah meluangkan masa dengan cara mengambil sedikit waktu belajar, dengan mengisi slot seperti sesi perbincangan, soal jawab, rumusan dan sebagainya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan