Jumaat, 13 Mac 2015

Asign seni

PENGENALAN
Apresiasi boleh didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan stail mereka . Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek- aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses apresiasi.
Menurut Kamus Pelajar Edisi kedua,apresiasi membawa maksud penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan seseorang atau sesuatu pihak. Ia juga membawa maksud pengiktirafan dan penghayatan nilai sesuatu karya sastera atau karya seni.Mereka berusaha memperluas kegiatan seni di kalangan masyarakat.

Manakala Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap iaitu menggambar, menganalisa, tafsiran dan penilaian. Menggambar secara terperinci bagi beliau membawa maksud mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur. Menganalisa pula adalah perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan stuktur. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana serta menghuraikan stail sesuatu karya. Seterusnya, tafsiran membawa maksud mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur, corak dan bahan. Selain itu mencari metafora-metafora (ibarat / kiasan) analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut . Penilaian bererti membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi serta menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya .

    
sinopsis
‘ MATAHARIKU’ adalah hasil karya saya dalam bidang menggambar. Karya ini mengikut speksifikasi iaitu:

i.   Tema                      :"Keindahan Alam Semulajadi”
ii.  Saiz                        : Kertas lukisan (58 cm x 42 cm)
iii. Teknik                    :Menggunakan sekurang-kurangnya tiga teknik  
                                      menggambar
v.  Bahan/media          :  Campuran (mixed-media)
iv. Gubahan                 :  Kreatif dan menarik
v.  Kekemasan             : Karya telah  dilekap dengan mounting.

            Berdasarkan kepada hasil karya ini, saya telah menggunakan tiga jenis teknik menggambar iaitu teknik catan, resis dan gurisan.Saya telah menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar iaitu pensel, pensel warna,cat air,lilin dan berus. Media untuk menggambar pula  terdiri daripada dua jenis media iaitu media kering dan media basah. Saya telah memilih media basah terdiri dari cat air.Permukaan untuk catan ialah kertas lukisan. Alatan-alatan dan pekakas lain adalah seperti bekas berus, berus,  palet,kain pengelap, easel atau kekuda dan alat masking. Berbagai-bagai jenis berus yang saya gunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan sapuan cat yang saya gunakan ini menonjolkan lagi karya dan memberi kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. Saya menggunakan berus ’Bristle’ untuk menempelkan cat yang tebal dan pekat di atas kertas dengan pergerakan tangan yang cepat dan stroke pendek yang berulang-ulangan.Maka  jalinan yang kasar dan gagah  dihasilkan.
            Berdasarkan karya saya ini terdapat teknik gurisan di mana saya telah menggunakan alat yang tajam iaitu jarum  untuk mengguris keluar sesuatu sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas saya sapu dengan warna krayon kuning secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal terlekat di atas kertas. Alat yang keras dan tajam digunakan untuk menghasilkan gurisan seperti pada bunga matahari yang akan memberi kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.
            Teknik Resis yang saya gunakan di dalam karya ini ialah kertas, lilin, air, warna air manakala alatan yang digunakan ialah berus dan scrapper.Teknik Resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Dengan teknik ini, kita boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas.Warna air boleh disapukan di atasnya iaitu di kawasan yang tidak berlilin, warna air akan diserap. Di kawasan yang berlilin, warna air tidak akan diserap. Lilin menolak warna air itu. Kesan yang lembut atau kasar akan terhasil di sempadan penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang kepada jenis lilin atau krayon yang digunakan.
            Berdasarkan prinsip rekaan karya saya ini menggambarkan situasi pemandangan yang cantik, teraputik, nyaman, aman dan tenang. Keharmonian amat terserlah dengan konsep menimbal balik kepada garisan, bentuk, rupa, jalinan ,ruang, dan warna pula saling lengkap melengkapi. Karya ”Matahariku”berkemampuan untuk menarik sesiapa yang melihat terutama pada bunga matahari itu.Unsur-unsur seni yang digunakan boleh dikaitkan dengan penegasan yang dapat mewujudkan kelainan. Fungsi karya ini untuk memberi kesedaran supaya menjaga keindahan alam semulajadi ciptaan Allah s.w.t .dan juga manusia hendaklah menjalani kehidupan  yang sihat dan mendapat udara yang segar serta hidup dalam suasana aman dan damai. Imbangan dalam karya ini menunjukkan objek berada keadaan yang stabil, sama berat dan sifatnya harmoni. Imbangan yang saya maksudkan ialah imbangan Simetri. Manakala dari segi tafsiran pula manusia disarankan agar menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar dengan kekotoran.

 


























 
                                                                


MEMORY OF MORNING GLORY’ adalah karya Ismail Kadir pada tahun 2003.Karya ini merupakan salah satu karya pinjaman yang dipamerkan di Galeri Tunku Fauziah di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.Karya ini berukuran 3’x4’ dan dihasilkan dengan menggunakan media akrilik.Teknik campuran digunakan dalam proses penghasilan karya ini untuk menampakkan kesan yang lebih menarik.

Karya ‘MEMORY OF MORNING GLORY’ ini merupakan salah satu karya yang cenderung dalam aliran Impressionisme. Keadaan ini kerana, pengkarya lebih banyak bermain dengan kesan cahaya dalam karyanya.Menurut fakta, aliran Impressionisme ini muncul pada abad ke-19.Aliran ini menumpukan kepada kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.Ia lebih mementingkan keserasian warna cahaya serta watak-watak alam.Karya aliran Impressionisme ini turut mengutamakan suasana yang dilihat seperti pagi, petang dan malam.Aliran ini condong kepada aliran naturalisme dan palitan warna spontan tentang apa yang dilihat oleh pengkarya.
Apa yang dapat diperhatikan, karya yang dihasilkan oleh Ismail Kadir ini bertemakan alam semula jadi. Suasana waktu pagi ditonjolkan dalam karya ini dengan memberi fokus kepada bunga kembang pagi yang sedang segar dan mengembang.Karya lukisan ini seolah-olah ingin menggambarkan  suasana waktu pagi yang tenang dan damai.
Subject matter yang difokuskan oleh karya adalah ‘Morning Glory’ atau Bunga Kembang Pagi. Karya ini menggambarkan sesuatu yang tersirat di sebalik kesegaran bunga kembang pagi. Beliau ingin merakamkan peristiwa yang hanya akan berlaku sekali. Keadaan ini digambarkan melalui bunga kembang pagi yang hanya kembang sekali dalam sehari.Selain itu,karya ini lebih berkonsepkan kapitalis  dan bertemakan budaya.Keadaan ini kerana pengkarya seolah-olah menjadikan bunga kembang pagi sebagi perlambangan sesuatu budaya kehidupan.
Dari segi aspek formalistik iaitu dari aspek unsur seni dan prinsip rekaan,apa yang dapat diperhatikan,terdapat pelbagai jenis garisan yang telah diaplikasikan dalam proses penghasilan karya ini.Contohnya garisan tebal, halus, berulang,kasar dan nipis.Garisan-garisan yang pelbagai ini sememangnya member kesan yang menarik pada karya.Garisan ini dapat menimbulkan ton,jalinan,bentuk dan pergerakan pada karya.
Warna juga memainkan peranan yang penting.Warna yang harmoni digunakan oleh pengkarya dalam menghasilkan karya ini. Pengkarya menggunakan warna yang harmoni yang menggambarkan suasana waktu pagi yang indah. Bagi menimbulkan kesan yang menarik, pengkarya telah mengaplikasikan warna neutral. Dari segi susunan warna, karya ini menggunakan warna-warna sejuk untuk menimbulkan suasana persekitaran pada waktu pagi.Karya ini mempunyai ruang hadapan,tengah dan belakang.Jalinan kasar dan halus juga dapat dilihat melalui kombinasi pelbagai jenis garisan.Bentuk-bentuk organik diaplikasikan dalam karya ini untuk membentuk objek semula jadi.
Dari segi prinsip rekaan, karya ini mempunyai imbangan yang tidak simetri. Kepelbagaian dapat dilihat dari segi unsur garisan serta cara palitan dan sapuan warna pada kanvas untuk menghasilkan karya yang menarik dan unik. Kontra dapat dilihat pada warna bunga kembang pagi. Pengkarya menggunakan warna yang kontra pada bunga bagi meonjolkan bunga kembang pagi sebagai subjek metal pada karya ini. Prinsip  rekaan harmoni dilihat pada penggunaan warna karya ini.Warna harmoni ini dapat menimbulkan satu suasana yang nyaman.Aspek kesatuan pula dapat dilihat pada kepelbagaian bentuk organik disatukan sebagai satu tema dalam karya ini. Akhir sekali, pergerakkan dapat dilihat pada kesan retakkan pada dinding kayu serta pokok bunga kembang pagi yang menjalar di dinding. Pada pendapat saya, penghasilan karya ini juga lebih kepada konteks kapitalis.
 Apresiasi seni tentang lukisan hasil karya Dr. Zakaria Ali. Lukisan ini menggambarkan Bukit Batu Kapur di Perlis. Beliau telah terjumpa sebuah gua yang didiami oleh seorang pertapa. Pertapa kononnya adalah watak seorang yang berkuasa untuk ilmu ghaib dan boleh bertukar menjadi harimau, si bongkok atau orang bunian. Manakala dari segi warna kombinasi yang digunakan adalah warna yang agak gelap.Warna yang jelas kelihatan ialah warna hijau, hitam, putih dan coklat.Warna hitam dan coklat yang digunakan untuk mambahagikan ruang contohnya gambaran ruang pintu masuk gua dan celahan batu yang besar.Campuran warna-warna sejuk pula digunakan bagi tempat  yang terlindung daripada cahaya matahari. Karya ini juga menunjukkan gambaran sunyi situasi di dalam hutan dan juga di atas bukit yang agak tinggi.Gambaran ini juga menunjukkan jauh dan terpinggir daripada kawasan penempatan.

            Teknik garisan pula jelas kelihatan di kawasan rumput-rumput kering di celah-celah batu.Teknik garisan juga terdapat pada dinding baru dan pepohon di celah batu.Selain daripada itu ranting-ranting kecil dan batu di bawah pokok juga terdapat garisan.Garisan menunjukkan kesan-kesan hakisan pada bentuk fizikal batu yang agak tajam.Catan dalam karya ini melambangkan realistik dan simbolik.Suasana redup dan sejuk seolah-olah ada sesuatu yang tersembunyi.Dalam situasi ini ada juga terselit rasa takut dan kesunyian dan pemandangan yang digambarkan juga samar-samar. Dari segi struktur pula terdapat pokok-pokok kecil kelihatan condong sedikit ke kiri pada masa yang sama terdapat sedikit kehadiran cahaya matahari yang masuk dari arah itu.Warna dedaun pula agak kekuning-kuningan. Seolah-olah terdapat tiupan angin yang menampakkan kesan-kesan pergerakan pada dedaun tersebut.Angin yang menderu bersesuaian dengan tajuk dalam bahasa Inggeris ‘Wind’ iaitu tajuk yang dipilih.Suasana dalam lukisan itu menambahkan lagi pemandangan yang menyejukkan di kawasan gua itu. Dr.Zakaria Ali merealisasikan aliran seni expresionis.Aliran ini bersandarkan realistic iaitu melukis apa yang dilihat dan situasi adalah suasana yang sebenar.Mesej yang hendak disampaikan ialah kita hendaklah menjaga kebersihan dan bebas daripada pencemaran.

            Teori Gestalt dapat ditonjolkan melalui sebahagian daripada keseluruhan lukisan ini. Ini menunjukkan dan ada perkaitan dengan pandangan berbeza di atas sekeping gambar yang sama. Unsur teori ini ada dalam ‘Wind’. Kelainan dalam lukisan ini tidak terdapat unsur manusia langsung. Mengikut Dr. Zakaria Ali beliau pernah bertemu dengan orang bertapa di kawasan itu. Peristiwa itu memberi kesan dan lebih teruja untuk untuk melukis gambar pintu gua dan batu-batan. Hasil karya  ini mengajak kita menghayati lukisan sambil bermain dengan perasaan.Gambaran daripada lukisan ini terdapat banyak gerak rasa yang menyentuh hati dan perasaan termasuklah sedih, terharu, seram, marah, seram ,takut ,gelisah malu dan sebagainya.Lukisan ini mudah difahami walaupun ada simbolik.Hasil-hasil karya Dr Zakaria Ali dapat memberi peluang kepada kita untuk menikmati alam semulajadi dan perkaitannya dengan manusia dan kehidupan.Hasil karya ini juga menjadikan kita orang yang mengagumi dan menghargai alam dan kehidupan ini.

PENUTUP

Apresiasi dan kritikan seni berkait rapat dengan sejarah.Kritikan seni adalah satu perbincangan ilmiah yang beralasan dan bersistem untuk menghuraikan atau menilai gaya, teknik, dan cara penghasilan sesebuah karya seni.Bagi menghasilkan satu apresiasi dan kritikan seni,penghayati perlu memahami objek seni sebaik mungkin.

Guru seni harus membentuk pemikiran yang kreatif dan kritis kepada para pelajar dalam menilai sesuatu karya seni.Anggapan stereotaip bahawa “seni memberikan kesan negatif serta tidak menjamin masa depan atau merupakan subjek kepada pelajar yang lemah” adalah tidak benar sama sekali. Seni tidak terbatas kepada seni lukis sahaja tetapi merangkumi penulisan, lakonan mahupun nyanyian.Seni merupakan satu wadah pernyataan emosi. Lukisan umpama ‘seribuwajah’ dan mampu meluahkan emosi.


 

HBAE4303 APRESIASI SENI
Pakaian yang dipakai pula memberi gambaran tekstil masyarakat setempat yang dihasilkandaripada pengalaman seniman itu sendiri.Ia juga menggambarkan aturan kehidupan masyarakatdan bangsa melayu.Di dalam lukisan ini,pelukis menggunakan arang dan pastel sebagai alat utama dalammenghasilkan nukilannya.lukisan ini dihasilkan diatas sekeping kertas lukisan.Warna tanah yangdipilih memberi kesan yang baik terhadap hasil karya tersebut.Karya yang dihasilkan oleh Hossein Enas ini menjelaskan kepada kita bahawa beliau seorangyang begitu kreatif mengolah garisan dan berjaya menampakkan suatu suasana tradisi yang dapatkita gambarkan akan budaya disebalik lukisan tersebut.Palitan warna yang bersesuaian dengangelap terang garisan menampakkan kejituan hasil karya beliau.Dari segi bentuk pula saya berpendapat bahawa karya ini berbentuk ilusi.Ini kerana hasil karyaini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pelukis berada dalam masyarakat melayu yangmengamalkan tradisi tertentu sesuatu bangsa.Dari segi jalinan pula,dalam karya ini lebihmenjurus kepada jalinan tampak pada catan yang dihasilkan.Gubahan warna yang dihasilkan dalam karya ini begitu menarik sekali. Penggunaan ton warnayang bersesuaian dapat menghasilkan kawasan yang terang dan gelap dengan baik sekali dan begitu neutral dan semulajadi.Dalam karya yang dihasilkan ini unsur harmoni jelas dapat dilihat pada penggunaan warna yangdihasilkan.Pelukis pandai memainkan warna agar kelihatan bersahaja dan santai.Dari segi penegasan pelukis membuat penegasan dari segi warna dimana terdapat warna yangagak terang dan ada sudut tertentu pelukis menggunakan warna yang agak gelap untuk menimbulkan suatu suasana kontra dan dapat menjadikan karya yang dihasilkan lebih menarik.


Apakah itu Apresiasi Seni?
Ia boleh didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai  tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan cara mereka mengikut kreativiti masing-masing untuk mengolah suatu gambar menjadi seperti penceritaan.
Semua ini berhubung dengan aspek pemahaman mereka dari aspek- aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan  kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.
Objektif Apresiasi:
*  a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni
*  b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan
*  c) Menghasilkan karya (produk seni)
*  d) Memahami seni dan hubungannya
*  e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni
Banyak aspek yang disentuh untuk mengkaji dalam Apresiasi Seni ini.
Percayalah, bukan sehari dua pemahaman untuk kita mengenali lebih details tentang subjek ini. Banyak sub topik yang dikecilkan. Ia banyak dinilai melalui psikologi dan juga secara logik(tradisional). Kedua-dua elemen ini penting, dan perlu tahu.
Tak mahu bercakap banyak. Mari kita tengok, baca, hayati dan fahami, contoh karya Apresiasi Seni yang telah lama dibuat oleh pakar lukisan oleh Dr. Zakaria bin Ali.Bertajuk WInd 1991. Mungkin sedikit sebanyak boleh anda pelajari apa kandungan yang cuba disampaikan oleh Dr Zakaria yang otai ini.
*  PROSES APRESIASI SENI
*   
*  Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai prosesapresiasi
*  Feldman (1967) dan smith (1967)
*  mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seniberasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
*  a)Menggambarkan
*  b)Menganalisa
*  c)Tafsiran
*  d)Penilaian
*   
*  A.MENGGAMBARKAN
*  Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan,bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur 
*   
*  B.MENGANALISA
*  i.Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsipdan stuktur ii.Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasanaiii.Menghauraikan stail sesuatu karya
*   
*  C.TAFSIRAN
*  i.Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek,symbol, unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan
*  ii.Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untukmenjelaskan makna tersebut
*   
*  D.PENILAIAN
*  i.Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian sepertikeaslian, gubahan, teknik dan fungsiii.Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social,keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.
*   
BIBLIOGRAFI


Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan PelajaranPendidikan Seni Visual
KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka

Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd Kuala Lumpur

.Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan MelayuTradisi.Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur 

Salawati Hj Abdul Wahab (2008) .Modul OUM HBAE4303.Apresiasi Dan Kritikan
Seni:Open Universiti Malaysia

Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman; Esei Seni Halus. Dewan Bahasadan Pustaka Kuala
Lumpur 
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan