ULASAN SEMINAR PERKEMBANGAN
PROFESIONALISME KEGURUAN 2
Bahagian Pendidikan Guru
bertanggungjawab merancang dan menguruskan pembangunan profesionalisme guru dalam
perkhidmatan. Program ini merupakan perluasan dasar pensiswazahan guru dalam
Rancangan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 yang belum dapat dicapai sepenuhnya
oleh KPM. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam sebuah buku Sudut Pandang
Muhyiddin, beliau menyatakan satu daripada contoh langkah memartabatkan
profesion keguruan ialah program pensiswazahan guru yang mensasarkan supaya
menjelang 2015, kita akan mempunyai 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah
dan 90 peratus di sekolah menengah. Menurut Noriati et al. (2010) KPM
(Kementerian Pelajaran Malaysia) telah mengadakan pelbagai program
pensiswazahan. Antara program pensiswazahan guru yang dikendalikan oleh KPM
adalah Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Program Pensiswazahan Guru di
bawah RMKe-10 mengambil kira cadangan UPE iaitu mengelakkan guru meninggalkan
kelas beramai-ramai serta meminimakan kesan negatif kepada aktiviti P & P
di bilik darjah dan juga menjimatkan kos yang perlu ditanggung oleh rakyat.
Perubahan dan perkembangan dunia hari ini dalam pelbagai disiplin menuntut setiap
individu sentiasa memandang jauh ke hadapan. Sektor pendidikan di negara kita
sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan
pembaharuan menjelang abad ke–21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan (centre for academic excellence) di rantau Asia dan di
peringkat antarabangsa memerlukan negara meningkatkan kecemerlangan imej dan
kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperoleh status “World Class
Education”. Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan
pesat serta dinamis pendidikan negara khususnya dari segi kualiti, kuantiti,
standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang diakui dan diterima diperingkat
antarabangsa.
Melanjutkan pelajaran ke
peringkat lebih tinggi adalah satu amalan yang amat tepat. Memandang guru
adalah contoh atau role model yang paling dekat dengan murid, maka belajar
bagaimana belajar (learn how to learn) perlu dipaparkan melalui
perlakuan dan tindakan guru sendiri. Setiap guru harus merangka pelan
pembelajaran peribadi mereka. Antara yang terbaik dapat dilakukan oleh guru
untuk mencapai pembelajaran peribadi mereka adalah dengan berusaha untuk
meningkatkan kuaiti akademik dan sentiasa mengambil peluang untuk mengikuti pembelajaran
atas rasa keperluan dan mencapai kepuasan peribadi. Yazid Abdul Manap (2001)
menggariskan beberapa strategi yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di samping menjadikan
profesion ini sebagai pilihan utama.
Setiap guru perlu
mempunyai semangat dan cita–cita yang kuat untuk meneruskan kehidupan dengan
menambahkan ilmu pengetahuan. Setiap guru perlu mengemaskini ilmu dan kemahiran
dalam memastikan perkembangan dan peningkatan profesionalisme guru yang sejajar
dengan perubahan cabaran yang dihadapi dari masa ke masa. Memetik kata – kata
Pat Basset, Presiden National
Assosiation of Independent School
(2009) bahawa terdapat satu korelasi yang kuat secara langsung antara
perkembangan profesional guru terhadap pencapaian murid.
FAEDAH YANG AKAN
DIPEROLEHI OLEH GURU-GURU DALAM PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU.
Melalui Anjakan ke-4,Plan
Pembangunan Pendidikan 2013-2025 iaitu menstransformasikan keguruan menjadi
profesion pilihan dimana profesion ini dianggap sebagai profesion yang
hebat,mulia dan sebagainya.Guru adalah profesion mulia namun begitu bidang ini
perlu sentiasa ditransformasikan kerana menjaga kualiti rakyat dari segi
pendidikan. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin, langkah lain dalam memartabatkan
profesion keguruan adalah pada aspek kenaikan pangkat, pelbagai faedah
disediakan untuk perkhidmatan perguruan dan kebanyakannya tidak dinikmati
sektor perkhidmatan yang lain. Satu contoh ialah Kerajaan meluluskan Bayaran
Berprestasi Tinggi bagi menghargai jasa guru dan kakitangan sokongan yang
berkhidmat di Sekolah Berprestasi Tinggi. Begitu juga keputusan kerajaan
mewujudkan jawatan Guru Wibawa dan Pendeta Guru yang bakal memegang gred
tertingi dalam perkhidmatan awam. Semua ini sepatutnya boleh dilihat sebagai
isyarat jelas betapa kerajaan amat serius dalam usaha memartabatkan profesion
keguruan. Perubahan yang berlaku dalam era globalisasi kini menuntut setiap guru untuk menguasai ilmu.Isu petempatan dan kenaikan gred ke 41
dijangka tidak akan ada masalah kerana ini telah melalui rangka pelan yang
cukup lama untuk memartabatkan profesion guru.Guru-guru juga tidak terikat
dengan sebarang kontrak yang membebankan.Menjelang RMK 10 harapan kerajaan/KPM
ialah 90% guru sekolah menengah
berijazah dan 60% guru sekolah rendah berijazah. Antara
ciri-ciri Negara maju adalah apabila golongan kakitangan kerajaan
berpendapatan tinggi memberi gambaran bahawa penduduk Malaysia selaras dengan
negara-negara maju.Laluan kerjaya diperbaiki pada tempoh masa singkat iaitu 8
tahun, 8 tahun,6 tahun dan 3 tahun untuk
melonjak hingga ke JUSA.
Program pensiswazahan
guru sedia ada yang sedang berlangsung.Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM)
menggalakkan guru belajar dengan menawarkan pengajian ikut bidang dan pilihan
tempat pengajian..Kehendak KPM tujuan belajar adalah untuk meningkat ilmu,
kemahiran dan nilai pada guru-guru mungkin jugak dapat meningkatkan pendapatan
guru-guru. Antara ciri-ciri negara maju yang dapat
dikenalpasti ialah rakyatnya berpendapatan tinggi,pelbagai inisaitif telah
dirangka untuk laluan kerjaya perguruan,mengenai penempatan guru-guru selepas
graduasi, di mana para guru tidak perlu risau kerana nama guru-guru telah ada
dalam sistem untuk di upgredkan. Melanjutkan pelajaran adalah perlu kerana
dalam usaha untuk mendapatkan segala ilmu.Sumbangan untuk menekankan nilai
sebagai seorang guru seperti menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam
bilik darjah.Guru juga mesti mempertingkatkan kreativiti seperti penggunaan ICT
yang kreatif dalam pdp , guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi,
profesional dan social.
Namun BPG dengan usaha
sama OUM telah cuba menyediakan bantuan melalui buku-buku modul, syarahan atau
forum yang memudahkan guru-guru untuk memperoleh markah dan dalam masa yang
sama menyediakan guru dengan perubahan serta kehendak pendidikan pada masa
kini. Peranan guru adalah amat penting dalam pembentukan modal indan cemerlang
yang dapat membawa kepada perubahan negara. Sehubungan dengan itu, yang diberi
keutamaan adalah pembentukan modal insan dengan hasrat guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan peranan dengan baik. Hal ini berkait rapat dan bergantung
kuat kepada sistem latihan perguruan kepada guru-guru. Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah membuat perubahan dalam sistem latihan perguruan apabila
menaik taraf maktab perguruan menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG). Maktab
perguruan yang selama ini melatih guru di peringkat Sijil Perguruan dan Diploma
Perguruan telah berubah apabila guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru dianugerahkan
dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sebagai bekalan tenaga pendidik di
sekolah rendah. Program pensiswazahan ini telah bermula pada tahun 2006.
Menurut Noriah et al. (2010) aspirasi KPM adalah untuk melahirkan guru siswazah
di sekolah rendah akan tercapai apabila IPG mendapat kelulusan melaksanakan
pogram ijazah.
SUMBANGAN GURU
KEPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) SETELAH MENGIKUTI PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU.
Kemudian, konsep profesion keguruan dan konsep
profesion perguruan. Menurut Kamus Dewan (1989) juga, konsep profesion keguruan
adalah pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan
kualiti guru. Manakala, konsep profesion perguruan adalah pekerjaan pengajaran
yang memerlukan pelajaran yang tnggi dan latihan khas. Meningkatkan dan
memartabatkan profesion keguruan adalah suatu pandangan positif yang telah
dapat dilihat oleh kerajaan sejak awal lagi. Hal ini dibuktikan berdasarkan
perancangan dan langkah yang telah dan akan direncana kerajaan kearah memartabatkan
profesion keguruan. KPM telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme guru
dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. KPM
bermatlamat untuk menjadikan profesion guru dihormati dan dipandang tinggi
sesuai dengan amanah yang dipikul. KPM berusaha memartabatkan profesion
keguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti
menambah baik sistem pemilihan calon guru.
Seterusnya untuk meningkatkan lagi profesion keguruan,
kerajaan telah memperkenalkan falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan
merupakan langkah permulaan dalam proses pembangunan sistem pendidikan.
Penetapan aspek-aspek lain yang terdapat adalah seperti matlamat, isi
kandungan, pendekatan, srategi dan kaedah pengajaran merujuk kepada falsafah
pendidikan yang telah ditetapkan. Penting sebagai satu garis panduan kepada
guru untuk mengajar dengan lebih berkesan. Proses mendidik pelajar perlu
dijalankan secara terancang dan sistematik untuk mendatangkan hasil seperti
yang diharapkan. Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada
pembentukan sesuatu sistem pendidikan tetapi juga menjadi panduan yang penting
dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Ketiadaan suatu sistem dasar yang
jelas dan mantap akan menyebabkan sistem pendidikan dan pelaksaaannnya tidak
mempunyai hala tuju yang tetap dan dan tidak akan berlangsungdengan lancar,
teutamanya apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti kepimpinan,kewangan,
pengaruh politik, dunia tanpa sempadan, sosial dan lain-lain lagi yang diambil
kira untuk dijadikan asas bagi pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia.
Setiap guru boleh meningkatkan
keupayaan mereka dengan melakukan pembelajaran kendiri melalui peluang yang
disediakan oleh KPM untuk meningkatkan tahap profesionalisme perguruan. Melanjutkan pelajaran adalah perlu kerana dalam
usaha untuk mendapatkan segala ilmu yang berkaitan, khususnya bagi subjek yang
diajar. Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu
dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa
dan negara. Ilmu membina kekuatan minda kearah
daya fikir tinggi dan daya kreatif dalam kalangan individu dan
bangsa. Semua agama dan sistem sosial
mahukan ahlinya menguasai ilmu. Tambahan pula guru merupakan orang yang akan
menyebarkan ilmu. Oleh itu, ilmu guru haruslah lengkap bagi memastikan
penyebaran ilmu yang dilakukan adalah
tepat. Guru yang mempunyai budaya
profesionalisme yang tinggi akan dapat merealisasikan aspirasi negara. golongan
ini akan memainkan peranan dengan cemerlang dalam melahirkan modal-modal insan
yang cemerlang. Modal insan yang cemerlang ini adalah harapan negara yang akan
memacu kemajuan dan memelihara keharmonian dan keamanan negara. Modal insan ini
juga adalah generasi penyambung kecemerlangan alam pendidikan di negara ini kelak.
Guru harus sentiasa mampu membawa perubahan dan penyesuaian teknik
pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan
bermutu tinggi dalam bidang profesion guru. Usaha ini boleh dijalankan dengan
menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dalam bilik darjah, menggunakan
teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk
mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. (Mok
Soon Sang, 1996). Antara ciri-ciri seorang guru yang mempunyai sahsiah baik
ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas,
menghormati rakan sejawat serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilai tara
sahsiah atau tingkah laku yang baik ini sudah terkandung dalam etika dan
profesion perguruan. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, agama
diletakkan ditempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan
seseorang guru bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta
amanah.
KESIMPULAN
Graduan daripada OUM adalah
guru-guru yang hebat dan perlu berubah
dari segi pemikiran dan faktor guru sangat tinggi untuk mencapai prestasi yang
cemerlang. Implikasi peningkatan profesion keguruan yang seterusnya adalah kepada
masyarakat. Peranan guru bukanlah terbatas kepada komuniti dan masyarakat dalam
sekolah sahaja, tetapi guru yang juga sebagai agen perubahan berperanan membawa
perubahan dalam masyarakat. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), sebagai agen
perubahan guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan mengajarkannya kepada
masyarakat. Guru yang berakauntabiliti terhadap masyarakat akan mengubah cara
hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh
diadaptasi dan diamalkan oleh masyarakat dalam kehidupan harian mereka. Guru perlu hebat untuk mendidik anak murid agar melahirkan pelajar
yang hebat.Tidak ada guru maka tidak lahirlah doktor,peguam,jurutera dan
sebagainya.
Guru yang mempunyai
ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat penting kerana ia
memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada banyak pihak
yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia pendidikan.
Dapat dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng dan
dilaksana bagi memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan negara.
Usaha tersebut berterusan pelaksanaannya sehingga kini dengan penambah baikkan
hasil daripada penyelidikan-penyelidikan yang dibuat terhadap profesion
keguruan dan sistem pendidikan di negara ini. Etika keguruan yang tinggi,
akauntabiliti, integriti dan sebagainya. Profesion keguruan yang baik akan
mampu meningkatkan sistem pendidikan negara. hal ini kerana kedua-duanya adalah
elemen yang berkait rapat dalam dunia pendidikan.
Disediakan oleh,
……………………….
(Pn.Mazzanazuraini bt Man).
720102095174001
Tiada ulasan:
Catat Ulasan