Jumaat, 13 Mac 2015

Pendidikan Jarak Jauh 1



ULASAN SEMINAR PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 1

Dr. Nasaruddin bin Basar wakil dari Bahagian Pendidikan Guru menyatakan dan memberitahu tentang latar belakang program SMP BPG OUM yang bermula pada tahun 2002 lagi.Bahawa pada dasarnya ramai di kalangan guru-guru tidak dapat menyesuaikan diri dengan mod PJJ (Pembelajaran Jarak Jauh). Namun BPG dengan usaha sama OUM telah cuba menyediakan bantuan melalui buku-buku modul, syarahan atau forum yang memudahkan guru-guru untuk memperoleh markah dan dalam masa yang sama menyediakan guru dengan perubahan serta kehendak pendidikan pada masa kini.
Ceramah ini cuba mengupas dan fokus kepada 4 aspek melalui pembentangan kertas kerja yang dilaksanakan oleh BPG iaitu:
i. Pembangunan Profesionalisme
ii. Pembangunan Profesionalisme Kendiri
iii. Kebertanggungjawaban Guru
iv. Laluan Kerjaya
Melalui penilaian impak yg diarahkan oleh KSU didapati pelajar-pelajar yang  gagal adalah dari bidang-bidang kritikal iaitu sains,matematik dan Bahasa Inggeris.Keadaan ini berpunca daripada tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran jarak jauh dan kehadiran pelajar ke kuliah adalah sangat penting.Oleh itu berdasar kajian impak bermulalah episod kedua program pensiswazahan guru yang kedua diteruskan dengan penambahbaikan.Pembangunan profesion berterusan kebertanggungjawaban inisiatif diri sendiri.Wujudnya program SMP BPG adalah berdasar impak kajian pelajar-pelajar yang  lalu yang melanjutkan pengajian dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.Selain daripada itu kegagalan pelajar senior lalu adalah 15% daripada  jumlah pelajar yg mengikuti pengajian itu. Antara punca ialah ketidakupayaan menyesuaikan diri dengan situasi pendidikan jarak jauh  dengan kerjaya hakiki. Punca yang lain ialah kehadiran pelatih ke kuliah-kuliah yang disediakan.Menurut Dr. Nasaruddin bin Basar pelajar-pelajar perlu sedar bahawa motivasi diri adalah lebih penting daripada segalanya kerana yang memohon untuk melanjutkan pelajaran adalah dari kehendak diri sendiri dan tiada  paksaan daripada org lain.
Tiga matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mengalakkan guru belajar dan faedah iaitu:
i) Hendak meningkatkan ilmu dan kemahiran
ii) Tingkatkan Pendapatan
iii) Tingkatkan nilai
Antara ciri-ciri negara maju yang dapat dikenalpasti ialah rakyatnya berpendapatan tinggi,Pelbagai inisaitif telah dirangka untuk laluan kerjaya perguruan , mengenai penempatan guru-guru selepas graduasi, di mana para guru tidak perlu risau kerana nama mereka telah ada dalam sistem untuk di upgredkan. Melanjutkan pelajaran adalah perlu kerana dalam usaha untuk mendapatkan segala ilmu.Sumbangan untuk menekankan nilai sebagai seorang guru seperti menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah.Guru juga mesti mempertingkatkan kreativiti seperti penggunaan ICT yang kreatif dalam pdp , guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, prefesional dan sosial
Beliau berpendapat bahawa guru tidak boleh pandai dalam satu satu bidang sahajaDalam Plan Pembangunan Pendidikan guru perlu menguasai fungsi-fungsi yang lain dan berfikiran horizontal.disamping meningkatkan memantapkan kompetensi guru.
Melalui Anjakan ke-4 Plan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 iaitu menstransformasikan keguruan menjadi profesion pilihan dimana profesion ini dianggap sebagai profesion yang hebat,mulia dan sebagainya.Guru adalah profesion mulia namun begitu bidang ini perlu sentiasa ditransformasikan kerana menjaga kualiti rakyat dari segi pendidikan.Untuk itu kompetensi guru perlu dipertngkatkan dahulu sebelum kita dapat menghasilkan kemenjadian pelajar.Ini adalah kerana modal insan ini yang akan menentukan masa depan negara dan generasi masa depan.Modal insan utk pembangunan negara.Pendidikan yang bermutu mengalami perubahan tanpa henti mengikut peredaran kemajuan dunia.Bila sebut kompetensi bukan bermakna guru sahaja yang perlu hebat tetapi kena kaitkan dengan kemenjadian anak murid yag kita didik itu.
Guru perlu bersedia untuk :
Melahirkan tenaga kerja yg boleh menepati pasaran kerja- cross module.Majikan akan mengambil pekerja-pekerja dari 3 faktor:
1)      Mereka yang boleh berkomunikasi dengan lebih berkesan
2)      Memberikan keyakinan kepada pelanggan
3)      Mampu menang dealing tender-tender dengan pelanggan
4)      Menguasai pelbagai bahasa
2. Boleh berkolaborasi dengan semua pihak
*      boleh bekerja dengan ramai pakar untuk menhasilkan satu keluaran yang terbaik. Contohnya handphone.

3. Expert mahir dalam bidang yang diceburi sendiri.
*      Kebanyakkan majikan mendakwa pekerja yang ada sijil tinggi biasanya bersikap pentingkan diri tidak boleh berkolaborasi, tak tahan dengan tekanan hidup tetapi guru-guru mestilah bersikap lebih ilmu yang dipelajari.
Berkaitan dengan guru perlu terus mendapt kejayaan dengan transformasi pendidikan bagi memartabatkan profesion perguruan.Kualiti guru sentiasa menjadi topik perbincangan.Persoalannya adakah kualiti guru masih tidak mencapai tahap sedangkan pencapaian kejayaan murid semakin meningkat.Isunya pada masa sekarang kualiti adalah isu yang dinamik.Kualiti tidak pada satu-satu standard kerana kualiti bersifat sentiasa berubah dari satu standard ke satu standard dan sentiasa bergerak ke hadapan.Oleh yang demikian guru perlu berusaha mtransformasikan pengetahuan bagi mencapai kualiti kualiti yang sentiasa berubah.Guru perlu juga kualiti bagi mencapai tahap modal insan negara yang menjamin pembangunan negara supaya anak murid yang dihasilkan dapat ‘survival’.
Guru perlu mengaplikasi dan mensintesiskan dan menilai pengetahuan baru.Ini adalah kerana kita perlu menangani kepantasan penguasaan ilmu anak murid pada abad 21. Andai guru kurang mahir, dimana martabat guru di mata anak murid.Apa yang guru lakukan perlu difikirkan kesannya terhadap pembangunan negara melalui modal insan yg dihasilkan oleh guru.Kualiti perlu bergerak ke hadapan.Kualiti diri perlu ditonjolkan.Tambah nilai diri yang ada pada guru itu perlu diperbaiki dan diperkembangkan.Guru perlu berjuang untuk meningkatkan kompetensi guru.Guru perlu menempuhi dugaan dalam dunia pendidikan.Impaknya nanti adalah untuk melahirkan anak murid yang berkeupayaan menghadapi cabaran masa depan.Guru jangan terlalu manja mengharapkan segala kemudahan akan tersedia.
 OUM menggunakan kaedah yang menepati dan sesuai dengan kehendak pendidikan era global.Guru bukan hanya untuk lulus peperiksaan semata-mata sahaja.Oum dapat memberi ilmu kepada para pelajar dengan pendekatan ilmu yang unggul.
Konsep pembangunan profesionalisme,guru perlu berkembang dari segi pemikiran, arah tuju, mindset perlu proaktif berdasarkan inisiatif kendiri bagi menggerakkan pembangunan diri guru.Berkaitan dgn program pensiswazahan guru perlu lebih meningkatkan inisiatif diri. Dari segi pembangunan pendidikan kanak-kanak pula diharapkan mempunyai:
1.Identiti Nasional
2.Pengetahuan
3.Kemahiran berfikir
4.Kemahiran memimpin
5.Kemahiran dwibahasa
6.Etika dan kerohanian
Bagi mencapai aspirasi ini kita perlu sentiasa membuat perubahan dari segi pengetahuan agar apabila digandingkan dengan pengalaman kita akan menjadikan kita lebih hebat berbanding mereka yang tidak melanjutkan pelajaran hanya setakat berpuashati dengan  berpengalaman bekerja dan berada dalam zon selesa.
Faktor kejayaan pendidikan murid adalah bergantung kepada kualiti guru. Maknanya murid yang berpotensi akan lebih dapat diperkembangkan pencapaiannya jika guru yg mengajar itu adalah guru yang hebat, berkualiti dan mempunyai inisiatif diri yang tinggi.
Di sekolah kepentingan guru adalah melebihi daripada pentingnya guru besar.Jika guru besar tiada guru dapat kendalikan kerana para guru mempunyai inisiatif kendiri yg menggerakkan diri melunaskan kebertangggungjawaban diri .
Dalam Plan pembangunan Pendidikan 2013-2025 dlm gelombang 1 bergantung kepada inisiatif organisasi untuk menggerakkan inisiatif kendiri. Harapan Kementerian Pendidikan Malaysia peratusan perkembangan inisiatif kendiri dapat dipertingkatkan lebih banyak dalam gelombang dua dan gelombang tiga.
Pembangunan profesionalisme boleh didapati bukan setakat kursus, seminar,dan sebagainya.Dialog prestasi, pembacaan buku, kajian-kajian tindakan digunakan untuk mengatasi murid-murid bermasalah.Ini adalah kerana kita perlu lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah klien kita agar masyarakat terus menaruh kepercayaan kepada guru dan mengelak daripada masyarakat tidak lagi mempercayai kebolehan dan kredibiliti perguruan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid.Guru perlu selalu buat kajian berdasar teori kecerdasan.Melalui sosial media dapat mbantu meningkatkan pembangunan profesionalisme kerana ada di hujung jari.Platform sangat luas perlu diraih peluang untuk meningkatkan diri.
Semua ini dasar utamanya ialah bermula dari inisiatif kendiri.Kompetensi yang perlu ada pada guru adalah:
Ø  Pengajaran dan pembelajaran
Ø  Nilai profesionalisme
Ø  Aktiviti luar bilik darjah
Ø  Sumbangan profesionalisme
Kebertanggungjawaban keguruan sebagai satu profesion adalah fokus kepada menghasilkan diri kita sebagai pendidik yg berkualiti.
Guru mesti relevan:
ü  Kemajuan diri kita membawa faedah kepada kemajuan murid
ü  Kita mencorakkan perjalanan pendidikan kita
LALUAN KERJAYA
Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia menyediakan penilaian bersepadu manakala Kementerian pendidikan Malaysia menggolongkan guru kepada 3 kumpulan iaitu:
*      Prestasi tinggi
*      Prestasi biasa
*      Prestasi rendah
KESIMPULAN
Guru hendaklah sentiasa tingkatkan kompentensi seiring dengan kehendak dunia pendidikan hari ini.Kompetensi harus diberi penambahbaikan. Tingkatkan inisiatif kendiri. Bergerak merebut peluang bukan menunggu arahan dari ketua sahaja.Kejayaan diri guru menjamin kejayaan murid.Sosial media dapat membangunkan diri kita dan ruang pembangunan yang luas hanya dihujung jari untuk membangunkan diri kita.Oum menyediakan ruang pembangunan untuk bina insan hanya dalam ICT dan lahirkan guru yang berkesan dalam menguasai dan berfikiran positif dalam bilik darjah dan luar bilik darjah..Ciri-ciri ini untuk mengerak generasi abad ke 21.
Kementerian pendidikan Malaysia berharap pihak guru harus sedar tanggungjawab menghasilkan modal insan untuk pembangunan negara.Ketanggungjawaban itu dapat memastikan diri kita relevan dalam masyarakat,Negara dan kaitkan kemajuan kita dengan murid.Graduan daripada OUM mesti melebihi daripada guru-guru yang tidak ada ijazah.Guru perlu berubah dan faktor guru sangat tinggi untuk mencapai prestasi yang cemerlang.Guru perlu hebat untuk mendidik anak murid agar melahirkan pelajar yang hebat.Tidak ada guru maka tidak lahirlah doktor,peguam,jurutera dan sebagainya.


Disediakan oleh,
……………………….
(Pn.Mazzanazuraini bt Man)



.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan