Jumaat, 13 Mac 2015

asign bm

SENARAI  KANDUNGAN

BIL     TAJUK                                                                                                    HALAMAN

1.0       PENGENALAN                                                                                            3
           
2.0       KONSEP MAKNA DAN PERUBAHAN MAKNA                                                                   
3.0       FAKTOR-FAKTOR PERUBAHAN MAKNA DALAM                     
BAHASA MELAYU.
           
4.0       APLIKASI PENGAJARAN MAKNA DALAM MATA PELAJARAN
            BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 

5.0       RUMUSAN                                                                            25


BIBLIOGRAFI                                                                                                          26
                                                                                                 

PENGHARGAAN


PENGHARGAAN هتاكربو ىلاعت لا ةمحرو مكيلع ملسلا

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada En.Akhyat bin Md.Hassan Pensyarah Pendidikan Bahasa (HBML3303) Psikolinguistik dan Semantik. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah jugaa pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-renungan dan selamat beramal.



"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"










PENGENALAN

Pada umumnya, bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang kajian makna ini menurutAbdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Ra’in Shaari (2009:31), turut melibatkan salah satu cabang leksikal iaitu istilah leksikon yang merujuk kepada kamus atau perbendaharaan katasesuatu bahasa atau sesuatu bidang. Bidang makna atau semantik, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkanhal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji makna. Perkataan semantik berasal daripada perkataan Greek sema yang bererti "tanda" (sign) . ‘sema’ juga bermaksud ‘isyarat’.Seterusnya kata itu menerbitkan kata semaine yang bermaksud ‘bererti’. Daripada sinilah terbitnya istilah semantik yang menamai satu bidang ilmu yang mengkaji atau analisa makna.Semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalam semantik terdapat skop-skop semantik yang tertentu.Menurut Palmer, Kompson & Katz semantik ialah “ as the study of meaning in natural language”.          

Tugasan ini disediakan dengan tujuan untuk membuat analisisi  tentang konsep makna dalam bahasa Melayu dan juga mengaplikasikan pengajaran makna dalam mata pelajaran bahasa Melayu Sekolah Rendah. Istilah semantik merujuk kepada kepada kajian makna.Istilah ini agak baharu dalam bidang linguistik (Palmer,1992).Kata semantik juga diertikan sebagai “ilmu tentang makna atau erti”Oleh itu,makna menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik. Menurut Ullmann (1957), menyenaraikan enam sebab perubahan makna; antaranya termasuklah sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar, dan keperluan untuk kata baharu. Sementara itu, Bloomfield (1992) pula menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurut beliau, perubahan makna dalam bahasa berlaku akibat daripada perluasan makna, penyempitan makna, metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi.Menurut Stren ( 1965: 163) perubahan makna bagi suatu kata ialah “ apabila sesuatu kata digunakan untuk menyatakan sesuatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi”.

2.0Konsep Makna dan Perubahan Makna Dalam Bahasa Melayu

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian makna dikenali sebagai bidang semantik, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkan masalah jika tingkahlaku bahasa itu ditinjau dari sudut itu. Terdapat beberapa takrif konsep asas dalam analisis yang dilakukan ini. Antaranya adalahdefinisi perubahan makna, perluasan makna dan penyempitan makna. Menurut Stern(1965:163), perubahan makna bagi sesuatu kata ialah “apabila sesuatu kata digunakan untuk menyatakan suatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi”.

Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada konteks atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Ahli falsafah dan ahli bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-makna perkataan. Persoalan ini nempaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan.
Makna juga sebahagian besarnya ( atau keseluruhannya) adalah berkenaan hubungan antara bahasa dengan dunia bahasa yang lain. Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melayari sesuaatu unsur itu dituturkan. Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktor-faktor sosial seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna.

3.0Faktor-Faktor Perubahan Makna Dalam Bahasa Melayu.

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan disebabkan oleh;

1)      Faktor perkembangan bahasa itu sendiri
2)      Faktor tanggapan penutur
3)      Faktor peluasan maksud
4)      Faktor pembatasan atau penyempitan maksud
5)      Faktor tujuan simbolik dan stilistik

2.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.

Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan tersebut. Misalnya perkataan “belayar” pada suatu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layer sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga.

Demikian juga perkataan “ tangan”, pada asalnya durujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makan itu telah berubah mancakupi makna ‘menguruskan’, ‘ mengendalikan’, dalam ayat seperti “ Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini”. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa melayu”. Dalam contoh ini, perkataan ‘gejala’ bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab perubahan bahasa itu sendiri.

Selain daripada itu perkataan “ hayat” dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan “hidup” tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran berikut, “ Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu”. Dalam ayat ini perkataan “ menghayati” bukanlah membawa maksud “ menghidupkan” tetapi “ mengikuti dengan sepenuhnya”. Perkataan “hantu” dalam contoh “ Kejadian itu menghantui fikirannya”, “hantu” itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa makna “ mengganggu”.
Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan “taman”, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya telah berubah menjadi “ kawasan perumahan” , “ kawasan perindusterian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti Taman Negara Bako. Demikian juga dengan perkataan “ datuk”, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada “bapa kepada ayah seseorang” malah sebagai gelaran kehormat oleh raja-raja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka.
Perkataan “ sahaya” berasal dari bahasa Sanskrit dan membawa maksud “abdi” dan “sahaya” itu dalam aspek penggunaan bahasa Melayu merujuk kepada “ hamba” dengan cara yang halus. Tetapi kini, “saya” ( daripada “sahaya”) digunakan sebagai kata ganti diri pertama.
Demikianlan perubahan berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiri dimana pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran masa dan keadaan semasa.

2.2 Perubahan Kerana tanggapan penutur

Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa iru sendiri tanggapan penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud sesuatu perkataan itu. Perkataan “saudara” pula pada asalnya dimaksudkan kepada “ saudara kandung” tetapi makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang mempunyai “ pertalian darah atau kekeluargaan”. Disamping itu ada juga pengguna atau penutur bahasa melayu cenderung menggunakan perkataan “saudara” dengan tanggapan yang lebih luas misalnya “ saudara sesame Islam”. Umpamanya perkataan “ abang”, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelai yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak. Disamping itu ada juga sesetengah orang menggunakan perkataan “abang” sebagai panggilan untuk suaminya.
Disini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan kerana pertalian darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan penutur terhadap sesauatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna perkataan itu sendiri.

2.3 Perubahan Kerana Perluasan Maksud

Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna memiliki makna-makna yang lain. Sebagai contoh, perkataan “taman”, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti “ kawasan perumahan” , “ kawasan perindusterian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti Taman Hidupan Liar.
Seterusnya perkataan “ saudara”, misalnya pada mulanya bermaksud orang yang sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada hubungan kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi sebagai bentuk panggilan sebagai kata ganti nama diri orang kedua, terutamanya kepada orang laki-laki.Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Selain daripada dua perkataan di atas, perkataan “semangat” juga mengelami perubahan kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan “ semangat” ialah “jiwa” atau “roh”. Tetapi perkataan ini kemudianya diperluaskan maksudnya menjadi “ perasaan” misalnya “ semangat kemerdekaan”, semangat petriotisme” dan juga kepada “ kemahuan atau keinginan yang tinggi” seperti dalam contoh berikut, “Dia mempunyai semangat ingin berjaya dalam hidup”.

2.4 Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud



Makna sesuatu perkataan boleh juga dibataskan untuk tujuan-tujuan tertentu. Perkataan “pendeta” asalnya membawa makna “orang yang berilmu”, seperti “Pendeta Za’ba,” seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut Abdul Chaer (1995) telah di sempitkan untuk mencakupi makna “ guru agama Kristian”.Perkataan “ sarjana”, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau dibataskan untuk merujuk kepada “ orang yang telah lulus ijazah pertama, seperti “ Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi” atau selepas ijazah pertama, seperti “Sarjana Sastera dan Sarjana Ekonomi”.

Selain itu dalam bahasa Melayu, perkataan daging telah disempitkan makna untuk merujukkan kepada “ daging lembu” sahaja, tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam atau daging arnab.Makna perkataan itu dalam kamus ialah “ isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang” ( Kamus Dewan, 1994).
Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada umumnya untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang tertentu. Contohnya perkataan “ sendi” yang asalnya bermaksud “ tempat ruas tulang berhubung”. Dalam ilmu bahasa perkataan “ sendi” dijukan khusus kepada kata-kata yang berfungsi menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat.

2.5 Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik

Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud contahnya, “merah” dimaksudkan dengan “ keberanian” , “hitam” dipadankan dengan “ kesedihan dan “ putih” adalah “ kesucian”.
Selain daripada itu unsur-unsur personafikasi juga menunjukkan perubahan makna yang seperti ini.Contohnya perkataan “kumbang” dan “bunga” selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti “ kumbang (lelaki) “ dan “ bunga (perampuan)”, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan. Sebagai contoh “ daun melambai” dan “dada langit” ianya tidak membawa maksud yang daun boleh melakukan perbuatan “melambai” sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai dada. “ Daun melambai” dan “ dada langit” sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan kepada “ daun yang bergerak akibat tiupan angina” dan “ keluasan dan lapangnya langit apabila dipandang dari bumi”. Contoh -contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan sesauatu dengan indah dan menarik ( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984: 290-4).

4.0 Aplikasi Pengajaran Makna Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Peringkat Sekolah Rendah.

Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.Dalam hal ini proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan adalah melibatkan kemahiran yang pelbagai serta mengintegrasikan unsur-unsur lain supaya menjadi lebih berkesan dan kreatif adalah amat penting dan berkesan. Peranan guru yang kreatif dan inovatif juga penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mereka adalah efektif. Abd. Rahim (1999) menyatakan daya kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah  atau metod pengajaran mencorakkan  perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para murid. Manakala inovatif pula ialah kebolehan seseorang guru memulakan sesuatu yang baru dalam bentuk kaedah, sistem pendekatan dan sebagainya.

Kaedah pengajaran adalah satu siri tindakan guru (cara) yang sistematik bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.Pakar-pakar kognitif menerapkan kaedah-kaedah pengajaran yang mementingkan aspek pemahaman atau mengutamakan pemerolehan makna daripada bahan bacaan. Berikut merupakan beberapa pendekatan oleh ahli-ahli kognitif dalam mengaplikasikan pengajaran:
*      Guru menyerapkan kaedah yang memulakan pengajaran dengan unsur-unsur yang bermakna.
*      Unsur-unsur yang lebih kecil daripada morfem diperkenalkan diikuti dengan paparan unsur-unsur bermakna. Contohnya, pengajaran pembacaan peringkat permulaan mengikut pendekatan ini dengan cara bergerak daripada unsur-unsur yang lebih besar kepada unsur-unsur yang lebih kecil.
*      Pengajaran dimulakan dengan unsur-unsur yang bermakna seperti ayat,
frasa atau perkataan, selain memperkenalkan suku kata dan abjad.
Tiga aplikasi pengajaran makna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terdiri daripada:

a)      Aplikasi berdasarkan pendekatan teori - cara mengajar semantik dengan menggunakan teori-teori bersesuaian.
b)      Aplikasi pengajaran makna yg menekankan bahan bantu mengajar-menggunakan bahan bantu mengajar bagi meningkatkan motivasi dan keberkesanan pengajaran makna
c)      Aplikasi pengajaran makna yang menekan pendekatan pembelajaran induktif dan sebagainya.

d)     Aplikasi pengajaran makna untuk meningkatkan kemahiran kaedah pembelajaran


            Pendekatan Teori

Pada peringkat sekolah rendah aplikasi pengajaran makna dalam mata pelajaran Bahasa melayu merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau lebih dikenali sebagai kognitif dan kesan dari proses ini akan dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Bagi memastikan proses pembelajaran ini akan lebih berkesan kepada murid-murid salah satu teori yang ditemui ialah Teori Konstruktif. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berdasarkan teori konstruktif ini menyeimbangkan peranan guru dan murid untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza. Melalui teori ini ianya dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan.


            Pendekatan Pembelajaran

Sebagai seorang guru bahasa Melayu yang baik dan berkesan responden telah menggunakan pendekatan pembelajaran induktif dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.  Berdasarkan tajuk yang diajar, ‘bunga’ di mana beliau mengarahkan murid-murid mengumpul dan mentafsir maklumat dan seterusnya membuat generalisasi (kesimpulan). Melalui langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran terdapatnya aspek ansur maju dalam usaha membimbing murid-murid. Kaedah inkuiri penemuan diamalkan apabila mengajar mata pelajaran bahasa Melayu [dalam langkah 2] dengan meminta murid-murid menyatakan cirri-ciri bunga berdasarkan petikan yang diberi.

Menurut Tarigan (1990) proses kognitif dalam bacaan membantu pembaca mengorganisasi, menginterprestasi dan menghubungkan pertalian dengan maklumat baru bagi menyalin makna .Prinsip penggunaan pendekatan pembelajaran induktif digunakan oleh guru apabila murid-murid dibimbing untuk mencari kesimpulan dalam konteks kognitif dan sosial. Oleh dengan itu, responden ternyata menggalakkan murid-muridnya sentiasa berfikir dan mengakses maklumat sendiri dengan menggunakan akses internet. Dalam hal ini keupayaan berfikir berkait rapat dengan keupayaan berbahasa murid-murid.. Selain itu, pembelajaran aktif dianggap sebagai aktiviti sosial juga menggalakkan dialog dan perbincangan sesama pelajar atau antara guru dan pelajar. Oleh yang demikian, faktor berbahasa (membaca) dan kemahiran berfikir dalam kalangan  murid perlu dititikberatkan.

Aplikasi Pengajaran Makna Yang Menekankan Bahan Bantu Mengajar.

Penggunaan deria-deria murid dalam pelbagai aktiviti bahasa dapat membentuk interaksi sosial murid dengan persekitaran telah membentuk maklumat dan idea baru ke dalam struktur pengetahuan yang sudah sedia ada. Dari sudut bahan bantu mengajar (BBM) yang baik, mencukupi dan berkesan ianya dilihat sebagai langkah yang proaktif  dalam meningkatkan suasana pembelajaran yang menarik, bermakna dan seronok dapat dihasilkan. Antara lain, Murid-murid akan  menjadi kreatif dan kritis. Aapabila berlaku pertembungan idea lama dan baru, murid-mutrid akan berupaya membuat analisis dan membentuk idea baru mereka yang lebih konkrit dan relevan.



            Kaedah Pengajaran

Guru dapat membuat persediaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula,semasa proses pengajaran dan pembelajaran; dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kaedah pengajaran adalah satu siri tindakan guru (tunjukcara) yang sistematik bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan pada hari itu. Kaedah pengajaran juga merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur yang tersusun berdasarkan pendekatan yang dipilih (Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub dan Mohd. Zohir Ahmad, 2003).

Pada peringkat permulaan set induksi pelajaran responden berupaya mencungkil pengetahuan yang sedia ada pada murid dan  mengaitkan pelajaran lepas dengan pelajaran baru serta menumpukan perhatian serta minat murid pada pelajaran yang akan dipersembahkan. Responden dapat menghubungkaitkan set induksi dengan isi pelajaran berhubung dengan ciri-ciri bunga. Murid-murid turut teransang untuk belajar secara lebih lanjut. Kaedah pengajaran yang digunakan oleh responden  adalah bersoaljawab, mengakses maklumat, dan membimbing murid-murid dari mula hingga akhir proses pengajaran dan pembelajaran.

Peringkat perkembangan pelajaran, soalan digunakan untuk menduga kefahaman murid mengenai bahan pelajaran yang dibincangkan; memastikan penyertaan murid yang aktif dan mengekalkan minat murid serta tumpuan perhatian mereka.Seterusnya peringkat penutup, soalan pada peringkat penutup digunakan untuk membuat rumusan atau kesimpulan pelajaran untuk menguji kefahaman murid secara menyeluruh. Pada umumnya turutan menyoal di dalam kelas boleh dijalankan seperti yang berikut; [1] guru mengemukakan soalan kepada murid, [2] guru memberi masa untuk murid menjawab; [3] guru boleh tujukan soalan tersebut kepada semua murid di kelas; [4] guru boleh memanggil murid tertentu menjawab; dan [5] guru memberi perhatian kepada jawapan yang dikemukakan dan seterusnya ajukan jawapan murid tersebut kepada murid lain untuk member peluang.

Pproses pengajaran dan pembelajaran pdp dalam kelas proses formulasi adalah berkaitan dengan konsep penterjemahan bahasa dari segi fonologi, sintaksis dan semantik. Operasi semantic dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini melibatkan pemilihan perkataan yang sesuai dengan makna petikan prosa seperti liar, berlari, beranak dan melompat. Operasi sintaksis pula merupakan hal pemilihan  pola ayat yang sesuai dan dalam pola ayat inilah semua perkataan yang terpilih itu disusun supaya menjadi frasa dan ayat tunggal dan majmuk.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru mampu merancang dan menyampaikan isi pelajaran dengan baik dan berkesan kerana mempunyai pengetahuan mata pelajaran yang mendalam, penggunaan bahasa yang tepat, beransur maju, pengurusan masa yang baik, BBM yang baik, pengintegrasian ICT[3], pembelajaran berpusatkan murid, murid aktif, teknik penyoalan yang berkesan, penilaian dan peneguhan berterusan, kawalan kelas yang baik serta membuat rumusan yang tepat dan bersesuaian dengan topik. Guru dan murid-murid berasa proses pengajaran dan pembelajaran sangat aktif. Teknik ansur maju dalam proses penyampaian isi pelajaran sangat menepati kehendak kurikulum KBSR. Tambahan pula, murid-murid disyorkan meneroka dan mengakses maklumat[4] berhubung dengan topik yang diajar bagi mendapatkan seberapa banyak maklumat yang berkaitan.




KESIMPULAN

Dalam sesuatu bahasa, perubahan makna bukan hanya berlaku pada peringkat perbendaharaan kata, sistem pembentukan kata, sebutan dan struktur ayat sahaja bahkan perubahan itu meliputi juga bidang makna. Oleh itu daripada contoh – contoh yang diberikan di atas jelaslah bahawa beberapa perkataan mengalami perubahan dari segi makna dan perubahan itu disebabkan oleh faktor -faktor yang telah dibincangkan diatas. Aktiviti yang dilakukan di dalam kelas adalah pengalaman yang sangat penting untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Kaedah pengajaran hari ini tidak lagi dibelengu oleh buku teks yang berpusat kepada guru semata-mata.  Sebaliknya pengajaran perlu berpusat kepada pelajar melalui pelbagai aktiviti-aktiviti yang mampu menarik minat mereka dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam pengajaran di dalam bilik darjah akan dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran. Guru berperanan menyampaikan  pengajaran kepada pelajar agar menjadi insan yang cemerlang kepada negara pada masa akan datang. Sejauh mana tercapainya objektif ini adalah bergantung kepada kaedah atau cara penyampaian guru itu sendiri. Guru yang berjaya ialah guru yang bukan sahaja luas dalam ilmu pengetahuannya, tetapi juga bijak menggunakan kaedah dan  teknik pengajaran yang berkesan.




















                                                                                     

Bibliografi:


 Abdullah Hassan, Ainon Mohd,(1994), Bahasa Melayu untuk Maktab Perguruan  ,Kuala
      Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan(2007)Linguistik Am- Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa  
     Melayu, Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad Mahmood Musanif (Ph. D) (2005). Modul Pembelajaran :BBM3206 Semantik,   
     Pusat Pendidikan Luar UPM : Pro-office shoppe Sdn. Bhd.

Andrian Akmajian et al. (1995) Linguistik : Pengantar Bahasa dan komunikasi: Percetakan Ti, Kuala Lumpur.

Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (Ph.D) , (2000).Kuala Lumpur : Pengantar Linguistik Am, Penerbitan Sarjana.

Dr Adenan Ayob De Nathesan Sellapan (2009). Modul HBML 3303 Psikolinguistik dan
     Sematik. Universiti Terbuka Malaysia : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

        Mok Soon Sang (2002). Pedogogi Untuk Kursus Diploma Perguruan. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Steinberg,D.(1990).Psikolinguistik:Bahasa,akal budi dan dunia.Terj.azhar M.Simin.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.



Rodiah Yusoff(2000, Julai), Semantik, Dewan Bahasa, 743-746.





F.R. Palmer,(1989), Semantik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka


Sheikh Othman bin Sheikh Salim(1996),Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan         Bahasa dan Pustaka

S. Nathesan(2008), Makna dalam Bahasa Melayu Edisi Kedua, Kuala Lumpur Dewan Bahasa      dan Pustaka

Souib Hamat,(2004) Teman Bahasa Kita- Kata Banyak Makna, Johor Darul Takzim; penerbitan    Pelangi            Sdn Bhd














Tiada ulasan:

Catat Ulasan